HIKMAH MENUTUP AURAT  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim.. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Hikmah Menutup Aurat:-

Menutup aurat ertinya, menutup rahsia atau menutup kemaluan. Seseorang yang rahsianya telah terbuka, bererti kemaluannya telah terbuka. Ia dapat malu..
Tetapi bukanlah mutlak aurat yang dimaksudkan disini, melainkan yang dimaksudkan ialah menutup aurat menurut batas-batas yang ditentukan bagi kaum lelaki atau bagi kaum perempuan. Kita disuruh menutupi aurat oleh Tuhan, biar didalam solat ataupun diluar solat, Kerana dengan keluarnya atau terbukanya aurat itu terjadilah kekejian menurut pandangan mata. Apalagi menurut pandangan agama, aurat itu sedikitpun tidak boleh terbuka.Kalau menurut pandangan manusia, bahwa membuka aurat itu adalah sangat keji kelihatannya, tentu menurut pandangan tuhan Tuhan lebih-lebih lagi.Itulah sebabnya kita diwajibkan menutup aurat. Sehingga sembahyang kita tidak sah, kalau aurat kita terbuka walaupun sedikit saja. Apabila kita malu berhadapan dengan manusia dengan aurat yang terbuka, maka berhadapan dengan allah tentu kita akan merasa lebih malu lagi. Maka itulah sebabnya kita lebih diwajibkan menutup aurat dalam sembahyang. Dalam saat menutupi aurat yang dimaksudkan diatas itu, sesungguhnya jika dibandingkan dalam dengan fikiran tuhan, maka tidaklah ada ertinya sedikit juga.Kerana pandangan tuhan tidak dapat dihalangi dengan kain, tidak dapat ditutupi dengan dinding, tidak dalam terhalang oleh gunung, oleh lautan bumi dan langit dan sebagainya.
Tetapi pandangan tuhan itu dapat menembusi kemana saja. Pemandangan tuhan menembus kepada sebutir biji sawi, kepada miang yang tersembunyi didalam bumi, menembus kepada sebutir pasir hitam yang sehalus-halusnya didalam dasar laut, dan menembus serta melihat pula kepada gerak hati masing-masing umat manusia. Didalam solat kita disuruhNya menutupi aurat, maksudnya ialah, supaya dengan menutup aurat yang lahir bererti bahawa kita wajib menutup aurat yang batin,ialah aurat hati. Itulah yang dimaksudkan oleh tuhan.Kalau tidak dimaksud tuhan, apalah guna bagiNya menyuruh manusia menutup aurat yang sedikit itu. Tak ada gunanya bagi tuhan menutupi aurat dengan pakaian yang bagus-bagus, kalau hati mengandungi rahsia yang jahat, mengandungi rahsia kafir dan musyrik kepadaNya..
Maka tahulah kita, bahawa hikmah menutupi aurat, ialah supaya rahsia batin wajib ditutup, ialah rahsia hati.
Untuk menutupinya ialah "bercita-cita" jangan hendaknya sampai melampaui aturan Allah dan Rasulnya (takwa kepada Allah). Allah berfirman:

"Biar kamu rahsiakan perkataan kamu, maupun kamu nyatakan, sesungguhnya Allah itu mengetahui segala isi hati hati manusia" (surah al-muluk, ayat 13)

This entry was posted on Wednesday, September 22, 2010 at 12:35 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment