JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH P DITERIMA TUHAN  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH DAPAT DITERIMA ALLAH


Beribadah,ertinya perasaan berhina diri yang timbul dari dalam hati terhadap allah s.w.t. disamping takut dan tunduk dalam erti kata sebenarnya dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh agama.Maka seseorang yang berhina diri terhadap sesama manusia ,kerana pemberiannya,atau pertolongannya, teteapi rasa hina itu tidak datng dari hati ,tidaklah dinamakan ibadah. Kerana soal ibadah itu adalah bergantung kepada hati disamping perbuatan yang dilakukan.Oleh sebab itu belumlah sempurna ibadah,kalau hanya dengan sekadar perbuatan saja,sedang perasaan tunduk dan berhina diri itu belum bangkit dari hati.Dan belumlah akan diterima oleh Tuhan ibadah itu,sebelum hati itu dibulatkan untuk menyembahNya.Bila ibadah yang dikerjakan itu tidak kerana Tuhan,hanya kerana maksud yang lain, umpamanya kerana dilihat orang, supaya men dapat pujian dari teman sejawat,atau dari orang lain, maka bererti ia telah mempersekutukan Tuhan, dan ibadah yang dikerjakannya itu sudah terang ditolak oleh Tuhan.Kerana manusia tidak boleh menyembah kecuali hanya kepada Allah semata.Sangatlah sulitnya jalan yang harus dilakukan supaya ibadah itu diterima Tuhan.Maka sebab itu, orang tasauf,menunjukkan jalan dengan secara pendek,supaya ibadah itu mudah-mudahan diterima Allah s.w.t.

1.IKHLAS, ertinya hendaklah ibadah yang kita kerjakan itu jangan kerana mengharap pemberian dari tuhan,tetapi kerjakanlah ibadah itu, semata-mata kerana perintahNya. Jangan kerana mengharapkan syurga dan jangan pula kerana takut pada neraka, kerana syurga dan neraka itu tidak akan dapat menyenangkan atau menyiksa kalau tidak dengan seizin Allah
2.Meninggalkan riya,ertinya janganlah ada ibadah kita itu tersebab kerana malu kepada manusia atau supaya dilihat orang.
3.Bermuraqabah,ertinya supaya kita yakin bahawa Tuhan itu melihat,dan selalu ada disamping kita melakukan ibadah itu,sehingga datang malu dan sopan kita kepadanya dalam melakukan peribadatan itu.
4.Jangan keluar dari waktunya,ertinya hendaklah ibadah itu dikerjakan didalam waktu yang tertentu,sedapat mungkin dikerjakan diawal waktu hendaknya.
Mudah-mudahan dengan mengerjakan keempat syarat ini, ibadah kita dapat diterima Allah.. AMIN YA RABBAL'ALAMIN

HIKMAH MANUSIA DISURUH BERIBADAH  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

HIKAMAH MANUSIA DISURUH BERIBADAH

Sudah menjadi ketentuan dalam kehendak Tuhan bahawa tiap-tiap makhluk yang bernyawa di muka bumi,umpamanya manusia,binatang,burung,ular dan sebagainya lebih banyak yang suka kepada kejahatan daripada kebaikan..
Sebab umumnya mereka sangat mudah dipengaruhi oleh nafsu peribadi,banyak diantara mereka ,kerana sebab yang sedikit saja,kawannya itu dapat lawannya. Sehingga mudah sekali terjadi dikalangan mereka perkelahian dan persilisihan.
Oleh sebab itu Tuhan memberi alat senjata kepada masing-masing mereka untuk penjaga diri mereka dari serangan musuh.Umpamanya burung,yang jadi alat senjata paruhnya,kerbau, sapi,kambing, dan tiap-tiap binatang yang berbalah dua kuku kakinya,yang jadi senjatanya ialah tanduknya.
Harimau,kucing,serigala,yang menjadi alat senjatanya ialah taringnya, ular,kala,semut dan binatang-binatang serangga yag serupa dengan itu,yang menjadi alat senjatanya ialah sengatnya. Tetapi manusia yang menjadi senjata baginya ialah akal dan fikirannya.
Dengan adanya akal dan fikiran itu,berbedalah manusia dari makhluk-makhluk yang lain,walaupun dasar kejahatan masih tetap ada pada manusia itu, sebab dia mempunyai hawa nafsu.Dengan akal dan fikiran, manusia dapat mengalahkan singa,mengalahkan harimau mengalahkan beruang, dan sekalian binatang buas dalam rimba raya dan di dalam lautan. Oleh sebab itu, maka akal dan fikiran itulah yang meninggikan manusia dari darjat makhluk-makhluk yang lain.Ia dapat berfikir dan mengadakan apa yang dikehendaki oleh akalnya dan perasaannya.Dibuatnya barang sesuatu yang belum ada, dibuatnya segala alat-alat moden, bagunan-bagunan perkakas yang baru dan sebagainya.
Menurut dasarnya, tujuan akal dan fikiran itu adalah baik dan benar.Tetapi sebelum jalan akal dan fikiran itu di pimpin, maka kebenaran dan kehendaknya itu belum tentu baik dan benar menurut pandangan Tuhan.
Maka oleh sebab itulah manusia itu di beri beban atau taklif, iaitu perintah-perintah dan larangan-larangan menurut agama Tuhan, ialah agama islam. Gunanya ialah untuk memperbaiki jalan akal dan fikirannya.Adapun agama yang diredhai Tuhan di dunia ini, ialah agama Islam semata-mata tidak ada yang lain.
Adapun jenis atau macam beban, atau taklif itu banyak sekali, diantaranya, sembahyang,zakat,puasa, haji , .melarang berbuat jahat menyuruh berbuat baik dan sebagainya.Bila beban atau taklif itu dibawanya dengan senang hati, nescaya akan teraturlah jalan fikirannya. Dan nafsu peribadi yang senantiasa menuju kepada kejahatan itu nescaya akan menjadi nafsunya muthmainnah, iaitu nafsu yang tenang tenteram, suci murni bersih dari kekotoran dan kekejian.Adapun taklif itu dinamakan uga amanat Tuhan.