Minda Adalah Segalanya  

Posted by lakaransakinah in


Setiap manusia mempunyai minda separa sedar dan minda sedar, adakah kita semua mengambil tahu mengenai semua ini.Kerana minda adalah satu perkaran yang amat penting di dalam kehidupan,kerjaya,dan kejayaan yang kita ada pada hari ni. Mencerita kan mengenai minda ni sudah semestinya ramai yang tidak pernah mengambil berat soal ini.Bagi mereka minda ni adalah berdasarkan daripada pengalaman hidup lepas dan seharian dan minda akan dipupuk melalui pengalaman.Jawapannya ialah ia,memang benar. Tetapi adakah kita sedar bahawa jikalau kita masih lagi tidak memupuk minda kita daripada sekarang, kita akan terus di bayangi kisah-kisah silam sebagai contoh kita melihat seseorang itu yang pada mulanya bisnessnya berkembang dengan maju dan di akhirnya tutup begitu sahaja.Itu sama sekali sudah berkait rapat dengan minda kita kerana ianya akan terus di simpan didalam minda separa sedar kita.Minda yang berjaya adalah minda yang dipupuk dari awalnya, kerana minda tidak hanya bergantung daripada pengalaman hidup yang lepas tetapi juga haruslah di pupuk.Pupuk minda dari sekarang jika anda ingin kan kejayaan di dalam hidup.

Minda Sedar mampu mengawal setiap pemikiran. Ia juga mampu memilih apa yang hendak difikirkan atau apa yang tidak hendak difikirkan. Ia boleh menerima pemikiran dan juga boleh menolak pemikiran. Manakala Minda Separa Sedar pula hanya mampu menerima setiap pemikiran tanpa boleh menolak atau memilih. Fahami sifat kedua-dua minda ini secara betul. Setiap pemikiran yang dilakukan oleh minda sedar akan di serap oleh minda separa sedar tanpa sebarang usul periksa. Ini bermakna, jika seseorang itu sedang memikirkan kemiskinan maka minda separa sedarnya akan terus merakamkan kemiskinan tersebut dan menyimpannya sebagai input.

Semua yang difikirkan oleh minda sedar akan difailkan oleh minda separa sedar dan disimpan sebagai input yang dikenali sebagai ‘blueprint’ Ini bererti sejak daripada hari anda dilahirkan telah tersusun fail di dalam minda separa sedar sehinggalah hari ini.Minda separa sedar ini bertindak sebagai memori,habit,kepercayaan dan juga harapan.Semua input ini akan digunakan pada masa yang bersesuaian. Minda sedar hanya 10% sahaja dan 90% lagi adalah minda separa sedar yang akan mengawal tindak balas,keputusan,fikiran,dan perasaan.

Jadi sudah seharusnya minda separa sedar ini perlu di set dan bukannya hanya bergantung kepada pengalaman hidup sahaja. Cara mengaktifkan minda separa sedar ini adalah dengan dua cara iaitu:-

1)Saranan
Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu).

Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda.

* Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.

2)Pengulangan
Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut… agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat…

Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

* Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)

Jadi sudah kita jelas bahawa minda adalah segala-galanya dalam kehidupan, kerjaya,dan kejayaan kita.Dan bagaimanakah anda ingin menjadikan minda anda itu sebagai satu minda yang jutawan? Ini juga adalah satu perkara yang amat penting didalam kehidupan kita dimana jikalau minda separa sedar kita sudah di set dengan baik, sudah pastinya minda jutawan itu anda ingin capaikan dalam hidup anda kerana fikiran manusia adalah satu yang amat kompleks.Minda adalah satu yang amat canggih sehingga tiada komputer didunia ini pun yang mampu melebihi atau mengatasi kuasa minda kita. Dan bagaimanakah kita ingin menggunakan kuasa minda kita jika kita ingin berjaya? Berikut adalah langkah-langkahnya:-

1)Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.
Ianya dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi difikirkannya dalam kebanyakan masa.Apa yang anda fikirkan?Sebagai contoh seorang ahli perniagaan yang inginkan kejayaan dalam setiap urusniaga yang dilakukan,ahli sukan yang ingin pingat,seorang pelajar yang inginkan keputusan yang cemerlang.

2)Sebutkan dengan jelas
Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada diminda anda.Ini adalah kerana,dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih baik.Teknik ini digelarkan teknik affirmation.Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri.

3)Bayangkan anda mendapat apa yang anda inginkan
Didalam minda anda perlu membayangkan masa hadapan anda. Jika anda ingin menjadi seorang yang hartawan. Bayangkan 10tahun dari sekarang jika anda sudah mempunyai semua itu. Bagi seorang lelaki sudah pun mempunyai 4orang isteri sebagai contohnya. Gambaran yang lebih jelas adalah anda membayangkan bahawa sesuatu yang anda ingin kan itu sudah pun anda capai.Maka lebih hebatlah minda ini akan berfungsi untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
Lebih mudah jikalau anda sendiri berada di tempat itu, sebagai contohnya anda ingin memiliki sebuah kereta mewah dan anda telah pun pergi ke showroom kereta, anda hanya perlu membayangkan yang anda akan dapat juga memiliki kereta tersebut. Maka minda ini akan dapat memberikan kepada anda satu motivasi untuk anda lebih suksess.

4)Set masa untuk anda mencapai sesuatu yang anda inginkan itu.
Setiap minda jutawan adalah minda yang mempunyai target masa jika ianya ingin mendapatkan sesuatu itu. sebagai contoh adalah:-
Bermula dari hari ni kita target apa yang ingin kita capai, sebagai contohnya sekarang ni kita hanya bergaji 4angka setiap bulan, dan kita target lagi 6bulan kita akan mendapat gaji 5angka setiap bulan. Target juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita kerana bila kita sudah mula membuat target, minda kita ini secara automatik akan berfungsi bagi mencapaikan target apa yang di inginkan.

5)Masukkan emosi
Emosi amat memainkan peranan yang penting kerana ianya akan mempengaruhi semangat kita seharian. Apabila esmosi yang baik mempengaruhi diri, pasti minda kita ini akan berfungsi dengan baik bagi mendapatkan apa yang anda inginkan.

6)Percaya dan yakin pada diri sendiri bahawa sesuatu itu pasti akan terjadi
Keyakinan percaya pada diri sendiri juga memainkan peranan yang penting kerana apabila kita yakin pada diri sendiri, secara automatiknya ianya akan membuatkan diri anda seorang yang fokus pada apa yang anda inginkan tanpa kita pedulikan halangan,cabaran dan dugaan yang datang pada diri anda.

7)Berani ambik risiko.
Itu adalah satu minda 1% jika anda sudah mempunyai apa yang ada di atas. Setiap benda yang anda buat pasti ada risiko yang perlu ditanggung oleh anda. Sebagai contoh seorang ahli perniagaan yang berhadapan risiko muflis. Tetapi jika anda sudah mempunyai minda yang sudah dipupuk daripada mula,sudah pastinya anda akan bagun kembali demi mendapatkan apa yang anda inginkan.

Kini sudah jelas bahawa minda adalah segala-galanya dalam kehidupan kita. Jadi seharusnya kita memupuk minda kita dari sekarang supaya kita akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.

From:Admin Lakaran Sakinah