RUMAHTANGGA ISLAM  

Posted by lakaransakinah

Bismillahirrahmannirrahim.. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


ISLAM ADALAH MERUPAKAN RUMAH TANGGA YANG MUDAH..
Selaku rumahtangga atau gedung,sudah barang tentu,yang lima perkara itu belum cukup, sebab yang disebut "rumahtangga" atau "bangunan", haruslah ada dinding, ada atap, dan ada yang lain-lainnya, supaya nampak sebagai rumah.

Begitu pulalah Islam.
Rumahtangga Islam barulah dapat dinamakan rumahtangga, bila IBADAH dilakukan, MUA'MALAH menurut Islam dilaksanakan, MUNAKAHAT menurut Islam dan JINAY AT HUDUD(hukum pidananya) dilaksanakan dalam Negara.
Menurut Aqidah Islam, semuanya itu wajib dilaksanakan dalam Negara menurut peraturan yang diturunkan Allah. Hanya tergantung kepada penguasa dalam Negara tersebut.

Allah berfirman:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum(memberikan peraturan), menurut yang diturunkan Allah, maka mereka ini,mereka yang kafir.. (Al Maidah, ayat 44)

Dalam ayat lain ditambah pula:
Dan barangsiapa yang tidak menghukum(memberikan peraturan), menurut yang diturunkan Allah, maka merekalah orang yang alim.. (Al Maidah, ayat 45)

Dan ditambahkan lagi:
Dan barang siapa yang tidak menghukum (memberikan peraturan) menurut yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang yang fasik.. (Al Maidah, ayat 47)

Oleh sebab itu semua Syariat Islam, menurut Aqidah Islam, Wajib dilaksanakan semuanya.

AGAMA ISLAM  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim.. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Erti Agama Islam
Agama islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan seorang utusanNya (rasulNya) Muhammad s.a.w. untuk keselamatan umat manusia seluruhnya.Agama itu di turunkan Allah dengan wahyu, iaitu dengan perantaraan malaikat Jibrail,Untuk menjadi kekuatannya kepada beliau diberi bermacam-macam mukjizat oleh Allah, iaitu hal-hal yang luar biasa yang terjadi atas diri beliau untuk mengalahkan musuh. Adapun yang sebesar-besarnya mukjizat itu, ialah turunnya Al-Quran kepadaNya. Didalam Al-Quran itu dinyatakan urusan duniawi dan urusan ukhrawi(akhirat).
Al-Quran digunanya akan menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang takut dan menjadi peringatan bagi orang yang lalai.
Ketika agama Islam datang,dunia sedang dalam keadaan gelap-gelita.Sedang di penuhi oleh kabut kejahilan, keaniayaan dan kezaliman. Dan manusia sedang asyik memperhambakan diri kepada berhala-berhala, kepada binatang-binatang,kepada bintang-bintang, kepada matahari dan sebagainya.
Setelah datang agama Islam, dengan jalan yang beransur-ansur maka terbukalah hijab di hati manusia, yang selama ini telah tertutup oleh kepercayaan-kepercayaan dan iktikad-iktikad yang salah.Penyembahan kepada berhala, kepada matahari, kepada bulan dan sebagainya,akhirnya bertukar dengan penyembahan kepada Allah, Tuhan seru sekelian alam.Demikianlah agama itu disiarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh umat manusia, guna memperbaiki budi pekerti mereka, serta membawa mereka kejalan Allah, yang benar.Nabi tidak bosan-bosannya menjalankan ajaran islam itu, walaupun banyak rintangan-rintangan yang beliau hadapi.
Beliau belum puas dengan perjuangan beliau, sebelum manusia didunia ini mengakui, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad(dirinya sendiri) utusan Allah.Pengakuan yang seperti inilah tiang pertama dalam Islam.
Adapun rukun (tiang) Islam itu ada lima perkara sebagaimana yang telah diterangkan diatas tadi.
Supaya lebih terang ditambahkan sebuah hadis lagi:

Dari Ibnu Umar r.a berkata: Pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Dibina (ditegakkan) Islam itu diatas lima perkara:Pengakuan, bahawa tiada Tuhan meliankan Allah, dan bahawa Muhammad itu Rasulullah. Menegakkan sembahyang, mengeluarkan zakat, haji ke baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan. (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Yang kelima macam ini adalah merupakan tiang, ataupun fundamen yang tegak berdiri, dan wajib ditegakkan oleh setiap muslim, sebagai tanda seorang islam..

HIKMAH MENUTUP AURAT  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim.. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Hikmah Menutup Aurat:-

Menutup aurat ertinya, menutup rahsia atau menutup kemaluan. Seseorang yang rahsianya telah terbuka, bererti kemaluannya telah terbuka. Ia dapat malu..
Tetapi bukanlah mutlak aurat yang dimaksudkan disini, melainkan yang dimaksudkan ialah menutup aurat menurut batas-batas yang ditentukan bagi kaum lelaki atau bagi kaum perempuan. Kita disuruh menutupi aurat oleh Tuhan, biar didalam solat ataupun diluar solat, Kerana dengan keluarnya atau terbukanya aurat itu terjadilah kekejian menurut pandangan mata. Apalagi menurut pandangan agama, aurat itu sedikitpun tidak boleh terbuka.Kalau menurut pandangan manusia, bahwa membuka aurat itu adalah sangat keji kelihatannya, tentu menurut pandangan tuhan Tuhan lebih-lebih lagi.Itulah sebabnya kita diwajibkan menutup aurat. Sehingga sembahyang kita tidak sah, kalau aurat kita terbuka walaupun sedikit saja. Apabila kita malu berhadapan dengan manusia dengan aurat yang terbuka, maka berhadapan dengan allah tentu kita akan merasa lebih malu lagi. Maka itulah sebabnya kita lebih diwajibkan menutup aurat dalam sembahyang. Dalam saat menutupi aurat yang dimaksudkan diatas itu, sesungguhnya jika dibandingkan dalam dengan fikiran tuhan, maka tidaklah ada ertinya sedikit juga.Kerana pandangan tuhan tidak dapat dihalangi dengan kain, tidak dapat ditutupi dengan dinding, tidak dalam terhalang oleh gunung, oleh lautan bumi dan langit dan sebagainya.
Tetapi pandangan tuhan itu dapat menembusi kemana saja. Pemandangan tuhan menembus kepada sebutir biji sawi, kepada miang yang tersembunyi didalam bumi, menembus kepada sebutir pasir hitam yang sehalus-halusnya didalam dasar laut, dan menembus serta melihat pula kepada gerak hati masing-masing umat manusia. Didalam solat kita disuruhNya menutupi aurat, maksudnya ialah, supaya dengan menutup aurat yang lahir bererti bahawa kita wajib menutup aurat yang batin,ialah aurat hati. Itulah yang dimaksudkan oleh tuhan.Kalau tidak dimaksud tuhan, apalah guna bagiNya menyuruh manusia menutup aurat yang sedikit itu. Tak ada gunanya bagi tuhan menutupi aurat dengan pakaian yang bagus-bagus, kalau hati mengandungi rahsia yang jahat, mengandungi rahsia kafir dan musyrik kepadaNya..
Maka tahulah kita, bahawa hikmah menutupi aurat, ialah supaya rahsia batin wajib ditutup, ialah rahsia hati.
Untuk menutupinya ialah "bercita-cita" jangan hendaknya sampai melampaui aturan Allah dan Rasulnya (takwa kepada Allah). Allah berfirman:

"Biar kamu rahsiakan perkataan kamu, maupun kamu nyatakan, sesungguhnya Allah itu mengetahui segala isi hati hati manusia" (surah al-muluk, ayat 13)

salam kembali..  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim.. dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


salam semuanya,, dah lama ana xdpt nk post entry terbaru kat blog ana ni.. maklum la sibuk dengan kerja.. lagipun ana baru ja mula menceburi bisness baru iaitu SCORE A Program. Salah satu program pendidikan terbaru untuk pelajar-pelajar dari tahun satu sampai ke tingkatan 5.. Sebab tu ana dah lama tak dapat post entry terbaru kat blog anan ni.. apa-apa pun ana akan post entry terbaru kat sini nanti.. lagipun byk lagi soal agama yang ana nak kongsi kat sini.. Semua bab agama yang ana letak kt blog ana ni ada lah dari mazhab imam shafie.. mazhab yg kita gunakan sekarang ni.. ya la kan.. tak nak letak pasal mazhab lain pulak kan..letak la mazhab yang kita gunakan.. sekurang-kurangnya tu dpt la kita belajar dan amalkan mengikut mazhab kita ni... ana ni pun masih lagi belajar soal agama ni.. masih byk lg yg perlu ana timba mengenai ilmu agama ni.. apa-apapun nanti la entry terbaru dari ana.. ana akan cuba untuk tulis walaupun dalam keadaan ana sibuk..

Assalamualaikum...