Cara Bagaimana Mengatasi Stress Melalui Fikiran  

Posted by lakaransakinah in

Fikiran Anda cepat menjangkit ke fikiran orang lain.

Begitu juga dengan orang lain ni. Fikiran mereka boleh menjangkiti fikiran Anda. Untuk Anda menangani stress dan menangani perasaan tertekan, cara paling senang adalah dekatkan diri dengan orang-orang berfikiran positif.

Kenapa? Fikiran positif orang yang Anda dekati tu akan menjangkiti fikiran Anda. Solusi terbaik, Anda kena ada pasangan hidup yang berfikiran positif supaya Anda jadi positif sentiasa.

Cara kedua, dekatkan diri sedekat mungkin dengan orang yang sentiasa bersyukur. Sebab, orang yang sentiasa bersyukur ni hatinya dipenuhi bunga-bunga kegembiraan.

Dia bersyukur dengan apa yang dia ada, justeru dia gembira mensyukuri semua apa yang Tuhan bagi kat dia – contohnya anggota badan, ahli keluarga, kerjaya, rumah, kereta, laptop dia, kawan dan duit yang dia walaupun jumlahnya RM10 saja.

Itulah dia dua cara cemana nak mengatasi stress melalui fikiran.

Jika Anda lawan stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Terbalikkan. Binalah kegembiraan dan binalah kepositifan supaya Anda dapat kecilkan impak stress terhadap diri Anda.

Sebab Bahaya Duduk Berdekatan Orang Berfikiran Negatif  

Posted by lakaransakinah in

Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Cemana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:

1. Percakapannya.

2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).

Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.

Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.

Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari.

Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang.

Cara Terbaik Untuk Elak Diri Dijangkiti Pemikiran Negatif Dari Orang Sekeliling  

Posted by lakaransakinah in

Bila Anda beradai di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya Anda sedang menyediakan diri Anda untuk dijangkiti pemikiran negatif.

Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka, Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab Anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan Anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.

Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif.

Anda tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan Anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, Anda kena join. Bila sudah join, bahayanya Anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.

Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, Anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.

Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tak Puas Hati, Orang Yang Anda Kurang Senang, Orang Yang Anda Benci  

Posted by lakaransakinah in

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.

Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.

Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.

Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.

Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.

Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.

Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.

Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.

Fikiran Negatif Ada Power Tersendiri Sehebat Gelombang Tsunami  

Posted by lakaransakinah in

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan – kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset.

Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.

Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja.

Lihat bencana Tsunami. Datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali.

Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.

Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusukhatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza.

Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?

Andalah penentu hidup Anda.

Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.

3 Cara Bagaimana Mengurangkan Sikap Skeptik  

Posted by lakaransakinah in

Apa sikap skeptik ni?

Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut tidak apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.

Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.

Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…

1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.

Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.

2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!

Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.

Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.

Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.

Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skpetik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!

Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.

Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.

Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.

Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.

Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam KFC.

Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.

Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!

Nampak tak?

Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.