JIKA ISTERI KUAT BERLETER... BERSABAR LAH  

Posted by lakaransakinah

Assalamu'alaikum warohmatullahi wa barokatuh,
serta salam ukhuwwah buat semua saudara-saudari sekelian...

Mari lah sama2 kita renungkan kisah pendek ini...
yang memang berlaku dalam kebanyakan rumahtangga...
untuk menambah ilmu pengetahuan & penghibur hati...

*****
Ini adalah kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya.
Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri:
"Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata:
"Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
Tetapi, tadi aku mendengar isteri tuan pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya:
"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab:
"Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya:
"Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."




Penjual Peci  

Posted by lakaransakinah

Setiap kali saya bertemu orang seperti berenang dilautan kearifan. Kearifan itu seolah menjadi satu pada diri sosok yang biasa dan tidak bernama. Pertemuan dengan orang lain buat saya berarti sama halnya mendidik diri sendiri, berempati bahkan juga terlibat dalam pergumulan batin yang melahirkan pencerahan.

Pencerahan itu juga saya dapatkan ketika saya bertemu dengan penjual peci yang beberapa hari menjelang lebaran yang lalu. Sosok raut mukanya berseri, dia bertutur bahwa sudah puluhan tahun dirinya berjualan peci. Saya bertanya padanya, "Bapak apa yang menarik dari menjual peci?"

Katanya menjual peci adalah pekerjaan yang mulia yang memiliki makna untuk selalu mawas diri. "adek tau apa artinya peci?" tanya si penjual peci. "Tidak pak." Jawab saya. "Peci itu artinya pikiran suci, Maknanya agar kita menjaga kesucian pikiran kita dari belenggu dan kotoran-kotoran hawa nafsu." Kata si penjual peci itu.

Sungguh beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (QS. Asy- Syams (91) : 9-10).

Wassalam

6 JENIS GOLONGAN PENGHASUT YG MEROSAKKAN SILATURRAHIM  

Posted by lakaransakinah

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh,
serta salam ukhuwwah utk saudara-saudari pembaca sekian.
saya bawakan kpd sahabat semua, satu nota yg saya ambil drpd salah satu laman blog...mudah-mudahan dpt dijadikan iktibar...

*****
Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk di kalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim :

1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya
Ibu bapa yang membenci menantu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut syarak, sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu... sekiranya perkara tersebut tidak berhasil, barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian. Setengah kes orang tua yang fasik ini sanggup mengunakan khidmat bomoh untuk mengenakan sihir ke atas menantunya. Golongan  ini adalah melakukan dosa besar dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian dgn harapan supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Golongan ini yg sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini tidak merasa takut dengan azab Allah.

3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain. Golongan ini jika tidak bertaubat... maka mereka menempah dirinya dengan azab Allah SWT kerana ramai wanita yg bakal menghuni/ memasuki neraka adalah kerana menyakiti hati suami dan suka mengadu domba.

4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan. Jika yang diceritakan itu tidak benar... maka ianya menjadi fitnah dan akan berlakulah pergeseran dan pergaduhan sesama muslim. Golongan ini di hari akhirat nanti amat mudah menjadi muflis kerana dosa 'kering'  yang dilakukan di dunia.

5. Permusuhan dan pulau-memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat
Perbezaan ini perlu diatasi supaya dapat mewujudkan ikatan persaudaraan Islam... kerana semua muslim adalah bersaudara. Golongan ini jika dibiarkan akan menjadi barah kepada penyatuan umat Islam dan akan mengakibatkan Islam hilang kekuatan nya.

6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua
Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai ikatan silaturahim dan kasih sayang di antara ahli keluarga.  Golongan ke 6 ini amat sesuai dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa tidak akan masuk Syurga sesiapa yang memutuskan ikatan silaturahim.

Wallahua'lam... (^^,)