perkenalan diri  

Posted by lakaransakinah

bismillahhirrahmanirrahim...(dengan nama allah yg maha pemurah lg maha pngasihani)
assalamualikum w.b.t

Hari ni tanggal 28.7.2010 baru la aku mendapat peluang untuk membuat blog aku sendiri. Sebelum ni aku asyik ja bca blog org lain, so aku buat la blog aku sendiri plak...aku buat blog ni pun just untuk nak share perkara-perkara yg berfaedah dan perkara-perkara yang selalu kita terlepas pandang..

Aku ni pun masih lagi buat rujukan mengenai blog ni.. so klau ada slah tu tolong la tunjukan..ok la, aku nak perkenalkan serba sedikit teneng diri aku ni..Namaku Dziyaudin Bin Abdul Wahab(cahaya agama), aku di lahirkan pada 20.12.1987 di alor setar. dan kini aku sedang berusaha untuk membangunkan perniagaan yang aku bina dengan abang aku. isyaallah dengan berkat doa kedua ibu bapa dan doa berkat kalian dapat lah aku membangunkan perniagaan aku tu.

aku ni anak ke enam daripada enam adik beradik.empat lelaki dan dua perempuan. boleh dikatakan aku ni anak manja jugak la.. biasa la kalau dah anak bongsu tu kan, mesti la manja. hehe. tp kakak sulong aku telah meninggal dunia semasa di lahirkan. keluarga aku ni boleh dikatakan senang, cukup segala-galanya. alhamdulillah..

aku ni orang kata skema sikit, sebab aku ni seorang yang pendiam,dan bukan dari sudut lain. sebab aku dah terbiasa macam ni.lagipun mak abah aku dh ajar aku dari kecil lagi untuk tidak bercakap benda yang bukan-bukan
.faham-fahm la sendiri maksud aku bukan-bukan tu. tp sebenarnye aku ni boleh dikatakan nakal dan tegas jugak, bagi kawan-kawan aku, diaorang anggap aku ni sebagai seorang yang freindly dan ceria, sebab aku ni suka berjenaka dan mnyakat org, jangan bagi aku jumpa dengan orang tua yang kuat melatah. memang aku xlepas peluang untuk mngusik..hehe. selain tu aku ni jugak seorang yg kuat berahsia,xsuka nk kongsi masalah dengan sapa pun termasuk adik beradik aku sendiri. tp aku ni suka dengar masalah orang, aku suka bantu orang yg tengah ada maslah ni, bagi aku ni satu pengalaman..

setakat ni dulu la yang dapat aku kongsikan.. kalau nk cerita tentang diri aku ni smpai esok pun xhabis... wasalam

This entry was posted on Wednesday, July 28, 2010 at 11:36 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment