Jangan Terlepas Pandang  

Posted by lakaransakinah

bismillahhirrahmanirrahim...dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
assalamualaikum w.b.t.

malam ni ana just nak berpesan kepada semua sahabat2 supaya jangan terlepas pandang dengan perkara dengan perkara-perkara yg remeh. contohnya dadah.. ramai masyarakat kita pada zaman ini yang tidak memperduli tentang masalah ini.. sebabnya benda ni tidak berlaku terhadap ahli keluarga mereka. bila dah terjadi perkara sebegini barulah kita kalot nak ambik tahu tentang semua benda ni. JANGAN.. kita xkan rugi pun kalau kita ambik tahu pasal semua benda ni serta kesan2 daripada pengambilannya.jangan tahu nak menghina dan menghukum. sekurang2nye kita cubalah membantu golongan yg dh terjebak dengan masalah penagihan dadah ni. jangan nak harapkan AADK dan Badan-Badan NGO ja berusaha membantu golongan yg seperti ini. kita pun kena la sama2 membantu golongan yg mcm ni.mereka ni pun hamba allah sama seperti kita jugak. mana ada orang yg mahu jadi macam ni,hidup xtentu arah,mkn xmenentu,emosi terganggu, jiwa yg xtenang dan sbagainya.semua ni berlaku disebabkan oleh pergaulan yg salah. golongan yg seperti ini sebenarnya betul-betul memerlukan sokongan daripada keluarga dan daripada masyarakat. bagi golongan ini sebanarnya jiwa dan kekuatan mereka terlalu rapuh,mudah terjebak kembali jika tiada sokongan dan bantuan daripada kita. kalau boleh jangan lah kita memberi tekanan terhadap golongan yg seperti ini kerana ianya adalah salah satu punca untuk mereka kembali menagih. sebaliknya kita kena lah selalu memuji dan selalu memberi kata2 perangsang kapada golongan seperti ini yang ingin berhenti menagih. ini adalah salah satu cara untuk tidak membuat golongan yg seperti ini berasa tertekan. ada beberapa pendekatan untuk membantu golongan penagih ni. nanti ana akan kongsikan pendekatan ini kepada sahabat2.dan ana jugak akan menyediakan maklumat jenis-jenis dadah serta kesan pengambilanya. malam ni ana cuma dapat bagi sikit je disebabkan masa untuk ana terus menulis ni xbanyak. ana harap, sahabat2 dapat terus mengikuti blog ana ni, serta memberi pendapat,memberi komen dan berkongsi pandangan dengan ana.

semoga allah memberkati kalian semua.. amin..





l

This entry was posted on Wednesday, July 28, 2010 at 8:24 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment