Inginkan Yang Terbaik  

Posted by lakaransakinah in

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi allah ini sudah pasti ingin melakukan yang terbaik tidak kira dari segi apa jua sekali pun. Tatapi kita sebagai manusia ini tetap juga mempunyai kekurangan dalam setiap hal.Tidak semua manusia itu sempurna dalam segala hal dan sudah pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.Hanya yang dapat di lakukan adalah melakukan dan terus melakukan supaya sesuatu yang dilakukan itu menjadi sesuatu yang terbaik.

Menyentuh mengenai ibadah seharian kita sudah pastinya kita juga ingin melakukan sehabis baik supaya setiap amalan kita itu di terima oleh allah s.w.t.Tetapi kita tetap juga mempunyai halangan dan cabaran untuk melakukan sebaik mungkin kerana kita mempunyai musuh yang kekal hingga ke akhir hayat kita iaitu syaitan dan nafsu. Dan bagi yang betul-betul inginkan yang terbaik sahajalah yang sanggup melakukan perkara ini secara berterusan dan memperbaiki setiap amalannya itu supaya menjadi yang terbaik.Walaupun kita sudah merasakan sesuatu amal ibadat kita itu telah dilakukan sehabis baik, tetapi kita belum lagi mengetahui yang amalan kita itu di terima allah ataupun tidak.

Dalam perhubungan silaturahim pulak juga tidak lepas daripada ingin memberi dan melakukan yang terbaik terhadap rakan-rakan.Tapi setiap manusia ini di ciptakan dengan pelbagai tabiat dan perangai.Jadi memang sukar untuk kita melakukan yang terbaik untuk memuaskan hati rakan-rakan.Hanya yang boleh di lakukan adalah sentiasa memberikan yang terbaik walaupun sesuatu itu tidak menjadi yang terbaik di hati rakan-rakan.

Kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan setiap kali kita ingin melakukan kebaikan.Tetapi apa yang harus dilakukan daripada kesilapan itu adalah dengan memperbaiki kesilapan itu dan belajar daripada kesilapan itu supaya akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jangan diulang kesilapan yang sama kerana tetap tidak akan menjadi sesuatu itu baik sebaliknya ubahlah sesuatu itu supaya boleh menjadi lebih baik.Jangan pentingkan diri, jangan ego dan jangan merasa bangga dengan apa yang telah kita ada, kerana daripada sifat yang sebegini lah kita akan menjadi semakin lupa diri dan kita tidak akan mengubah sesuatu perbuatan itu supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya kerana kita telah pun di pengaruhi dengan sifat merasa bangga diri,ego,dan pentingkan diri sendiri ini.Kita sudah merasakan sesuatu yang dilakukan itu sudah menjadi yang terbaik bagi semua sedangkan di sebaliknya masih lagi mempunyai keburukan.
Kita di dalam islam juga di unjurkan untuk mengubah dan membentuk sahsiah peribadi diri supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.Hanya dengan melakukannya dengan cara berterusan sahajalah yang dapat mengubah semua ini dari masa kesemasa.

Kita juga haruslah belajar menerima setiap kekurangan yang ada di sekeliling kita ini dan hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah allah berikan kepada kita walaupun sesuatu itu bukannya hak kita.Cuma kita perlulah hargainya. Jangan sesekali kita menghina sesuatu itu dan jangan lah kita merasakan sesuatu itu tidak sesuai dan tidak layak untuk kita.Jikalau ada sesuatu perkara di sekeliling kita itu yang kurang baik, kita bimbing lah dan kita sama-samalah membentuk sesuatu itu supaya menjadi lebih baik.Kita setiap manusia ini di cipta dengan cukup sempurna oleh Allah s.w.t dan cuma yang membezakan seseorang manusia itu adalah dari segi amalan,cara pemikiran dan lain-lain.Itulah yang sering kali manusia membeza-bezakan manusia ini. Sedangkan tempat kita sisi Allah belum kita ketahui lagi.

Belajar lah menjadi yang terbaik dan kita sebagai manusia ini sama-sama membantu dan bersatu hati supaya menjadi yang terbaik.Jangan hanya pentingkan diri sendiri dan asyik memandang rendah dengan kekurangan orang lain kerana setiap manusia di atas muka bumi allah ini sentiasa inginkan yang terbaik.

Hidup ini ibarat bercermin. Dimana kalau baik benda di hadapan kita itu, maka baiklah jadinya, dan jikalau kurang baik, maka kurang baiklah jadinya. Jadi sama-samalah saling menampung setiap lubang yang tidak baik itu supaya ianya menjadi sesuatu yang sempurna dan tidak akan sama sekali tidak berulang lagi perkara-perkara yang tidak baik..

wasalam..

This entry was posted on Tuesday, March 15, 2011 at 1:04 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment