Baik Atau Tidak Baik Sifat Negetif Dalam Berpasangan  

Posted by lakaransakinah

Assalamualaikum w.b.t.

Sifat negetif dalam berpasangan ini adalah satu sifat yang cukup buruk.Kerana sifat ini akan memburukkan lagi sesuatu perhubungan itu. Antara sifat negetif ini antaranya ialah:-

1.Suka Buat Andaian Sendiri.
Adakah baik jika seseorang itu suka membuat andaian sendiri sebelum tahu perkara yang sebenarnya. Sedangkan dalam berpasangan ialah haruslah saling percaya dan mempercayai antara satu sama lain. Haruslah tahu dahulu perkara yang sebenarnya dan baru la buat andaian.Jika kita buat andaian selepas tahu perkara dan situasi yang sebenarnya,ianya sudah pasti akan menjadi lebih bersefahaman di antara satu sama lain.Dan jika tak ingin membantu pasangan kita itu, terus terang je la bagi mengelakkan satu-satu andaian itu berlaku. Sebagai contoh jika pasangan kita itu berbisness, jangan dikatakan yang pasangan kita itu asyik mengharapkan pada orang lain. Senang cakap, jika tidak kepada manusia, adakah kita perlu kepada binatang. renung2kan..

2.Suka Merendah-Rendahkan Punca Rezeki Pasangannya.
Jika sesuatu pekerjaan yang di lakukan oleh pasangan kita itu, janganlah kita merendah-rendahkannya kerana itu ialah salah satu punca rezekinya.Sebaliknya bagi lah semangat dan dorongan kepada pasangan kita itu supaya ianya boleh terus berjaya.Jikalau tak suka dengan pekerjaan pasangan kita itu, duduk diam-diam dan jangan banyak merungut selagi pasangan kita itu tidak melakukan kerja yang menyalahi undang-undang dan tak menyalahi hukum agama.

3.Tidak Ikhlas Dalam Membantu.
Jika kita melihat pasangan kita sedang dalam bermasalah, kita haruslah sama-sama membantu, jika tidak mahu membantu, jangan terus di bantu, dan jikalau membantu pun dan selepas itu membuat satu andaian bahawa pasangan kita itu hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain dan hanya nak kikis duit kita. Bila membincangkan soal kikis ini adalah jika pasangan kita betul-betul seorang yang mengikis,sebagai contoh ialah bila pasangan kita meminta sikit bantuan dari segi kewangan dalam bentuk yang kecil, itu bukanlah sikap nak mengikis kerana jika ingin mengikis sesuatu harta pasangan itu ianya mesti lah dalam satu bentuk yang besar. Dan jikalau tidak mahu membantu tu, berteruslah pada pasangan, pasti pasangan akan lebih faham, dan jangan la selepas membantu itu membuat satu andaian bahawa pasangan kita itu seoarang yang mengikis. Dan jikalau ianya benar-benar ikhlas ingin membantu, ianya tidak sama sekali akan merungut dan membuat andaian seperti itu dan dia akan lebih menjaga sesuatu perhubungan itu supaya ianya terus kekal dan baik.Pasangan tidak akan meminta bantuan jika ianya tidak mempunyai masalah dan tidak terdesak, jika ia betul-betul dalam keadaan yang terdesak, barulah ia akan meminta bantuan daripada pasangannya.

4.Tiada Pendirian.
Sifat negetif ini juga ialah seseorang itu tiada pendirian. Contohnya dari segi apa yang di ucapkannya. Hari ini dia bercakap lain, dan esoknya ianya akan merubah menjadi sesuatu yang lain. Orang yang seperti ini ianya akan lebih mementingkan dirinya sahaja dan dia tak sedar apa yang di ucapkan itu adalah bercermin dan pantulan itu terkena balik kepada dirinya.Bercakap biar ada pendirian, jikalau tidak suka untuk mengambil tahu hal pasangan kita itu tak perlu la nak ambik tahu, dan jangan selepas daripada itu bercakap apa-apa pun perlu la di kongsi, sedangkan pasangan itu sudah pun memberi tahu bahawa ianya tidak mahu mengambil tahu hal pasangannya itu.
Kan ada baiknya jika apa-apa yang di ucapkan itu di pegang dan di teruskan tanpa ada sebarang perubahan. Kan itu lebih baik. Jikalau ianya bercakap yang sering berubah-rubah ianya akan membuatkan pasangan kita itu mentertawakan kepada kita kerana pasangan kita itu tidak matang.Dan lagi apa yang dia rasa dia boleh bergurau dia akan bergurau tetapi bila terkena balik kepada dirinya itu, dia sudah tidak boleh menerimanya.Dan ada baiknya jika sesuatu perkara itu tidak suka di buat main-main, janganlah bercakap ataupun bergurau, kerana ianya juga adalah satu sikap yang tak matang dan sifat negetif.

5.Sentiasa Apa Yang Dilakukan itu adalah sentiasa betul.
Sifat negetif ini lagi ialah orang yang seperti ini ianya akan merasakan bahawa dirinya itu betul sahaja sampaikan orang lain itu tak pernahnya betul, Dan bila kita menyatakan bahawa salah kepadanya, ianya tetap akan mempertahankannya. Dan dia tidak akan menerima pandangan dan pendapat daripada orang lain.

6.Bersifat Tertutup.
Orang yang bersifat negetif ini lagi ialah ianya lebih kepada bersikap tertutup, kerana bila percakapannya itu di bangkang, pasti ianya sudah tidak dapat menerimanya.Baginya semua orang harus mengikut di bawah telunjuknya dan semua orang harus mengiku apa yang di cakapkan itu. Dan dalam erti kata lain,ianya boleh di sama dengan sikap ego dan bodoh sombong. Apa salahnya kita bersikap lebih terbuka, dan terima sahaja cakap orang yang membangkang kita itu, ianya tak akan mengeruhkan lagi sesuatu hubungan itu.Dan bila ianya di bangkang, ianya akan terus bercakap dan mengomel sehingga orang lain sudah tidak melawan cakap-cakapnya itu lagi.

7.Sensitif Dan Kuat Merajuk.
Ianya akan menjadi sensitif dan kuat merajuk walaupun dalam hal-hal yang kecil.Ianya sama jugalah seperti perkara diatas, walaupun dalam hal yang kecil, ianya mudah menjadi sensitif.

8.Tidak Suka Merungut Dan Tidak Suka Berkongsi
Orang seperti ini dia tidak akan boleh menerima bila pasangannya itu meluahkan apa masalah kepadanya, sebaliknya ianya akan mengatakan bahawa pasangannya ini seorang yang kuat merungut, Sedangkan dalam berpasangan ini, kita haruslah mengambil berat dan mengambil tahu hal ehwal pasangan kita itu, barulah hubungan ini menjadi aman. Dan bila ianya merungut kepada pasangannya plak, ianya tidak akan sama sekali berasa yang dia tengah merungut kepada pasangannya itu. Sedangkan dia tak suka orang merungut kepadanya, tetapi bila dia merungut plak tak menjadi masalah. Dalam perhubungan jangan ada sifat pentingkan diri sendiri, dan jika kita benar-benar ikhlas menyayanginya, kita janganlah biarkan ianya berseorangan, sebalik bersama-sama lah dengan pasangan kita ini menghadapi setiap masalah dan ujian itu. Itu yang terbaik.

9.Suka Membuat Keputusan Yang Terburu-Buru.
Ianya akan lebih suka membuat sesuatu keputusan itu secara terburu-buru, sebagai contoh memutuskan sesuatu perhubungan. Dan selepas itu ianya akan menyatakan bahawa hatinya telah dilukai, sedangkan keputusan yang dibuatnya itu adalah dia sendiri yang buat. Jadi jangan lah menyalahkan orang lain plak diatas tindakan bodoh yang kita lakukan sendiri.Fikir-fikirkanlah

Jika kita ingin berpasangan, jangan lah ada sifat-sifat yang seperti itu, jikalau ada pun biarlah berpada-pada dan jangan lah terlalu melampau.Barulah kita akan bahagia sehingga keakhir hayat. Bersama-sama lah dengan pasangan kita dan jangan biarkan ianya menyelesaikan sesuatu masalah itu seorang diri. Dan jujur lah kepada pasangan kita, jika ianya benar-benar ingin membantu, bantulah tanpa membuat apa-apa andaian. Bantulah dengan ikhlas.

Masih ada lagi yang ingin di kongsikan di sini, tetapi masa telah membataskan untuk pihak admin terus menulis.Tunggulah sambungannya.

Artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Dan tidak perlu la terasa hati dan tidak perlu menyerang pihak admin jika anda terasa, bak kata pepatah, sapa yang makan cili, dialah akan merasa pedasnya. Pihak Admin hanya ingin berkongsikan sifat negetif ini kepada semua.

Tepuk Dada Tanya Iman.

Wsalam...

This entry was posted on Wednesday, March 2, 2011 at 4:34 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment