Golongan anti hadis mendakwa mereka tidak menolak hadis dan menggelarkan mereka sebagai anti hadis adalah tidak adil.Mereka hanya menolak hadis dan sunnah yang daif atau yang bertentangan dengan al-quran.Pendapat mereka dikatakan bukan baru,tetapi adalah juga pendapat tokoh-tokoh ulama islam seperti Ibnu Khaldun dan lain-lain.
Disini, tidak perlu tahu,bentuk penolakan golongan anti hadis terhadap sunnah dan perbezaannya dengan penolakan' terhadap sesuatu hadis di nisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Penolakan para ulama' terhadap sesuatu hadis yang tertentu ialah kerana dari aspek penyelidikan, sesuatu hadis tertentu yang di riwayatkan itu tidak meyakini sepenuhnya daripada perkataan atau perbuatan Rasulullah s.a.w.Kerana itulah dari status ilmiyah mereka membahagikan hadis-hadis yang diriwayatkan itu kepada Sahih,Hassan,Daif,Mursal dan lain-lain. Hanya hadis sahih yang di terima sebagai dalil qat'i dan wajib di patuhi sepenuhnya, kerana hadis tersebut tidak diragui lagi adalah benar daripada perkataan atau perbuatan Rasulullah s.a.w. atau perbuatan itu menyentuh aspek apa sekalipun.Sama ada perkataan dan perbuatan Nabi didalam perkara yang berkaitan dengan ibadat,sosial,ekonomi,akhlak dan sebagainya,diterima dan dipatuhi dan diyakini sebagai pancaran daripada keRasulan Baginda.
Para ulama' dan mujtahidin juga mempunyai kaedah yang jelas menangani hadis yang dilihat sebagai bertentangan dengan al-quran,bagi mereka pada hakikatnya,tidak ada pertentangan al-quran dan sunnah.Tetapi kerana berbagai-bagai kelemahan mujtahid mungkin ia melihat kedua-duanya adalah bertentangan.Dalam perkara ini, mujtahid hendaklah berusaha mencari penyelesaian kedua-duanya.Jika penyesuaian itu tidak dapat ditemui,maka al-quran hendaklah diutamakan.Kerana kesahihan al-quran tidak diragukan lagi,sedangkan kesasihan hadis yang bertentangan dengan al-quran boleh diperkaitkan kerana kesahihan itu bergantung kepada riwayat mentodologi yang tidak mutlak keunggulannya.
Apa yang dihuraikan diatas, adalah beberapa asas ilmiyah mengapa para ulama' islam menolak sesuatu hadis tertentu dan tidak menjadikannya sebagai asas penentuan hukum, kerana status hadis itu dari segi riwayatnya, tidak dapat diyakini sepenuhnya sebagai perkataan atau perbuatan Rasulullah s.a.w.
Pendirian ulama' islam ini berbeza daripada pendirian golongan anti-hadis.Mereka menerima kerasulan Nabi Muhammad s.a.w hanya sebahagian sahaja. Nabi Muhammad dari aspek yang lain adalah manusia biasa.Kerana itu perkataan atau perbuatan Nabi, sebahagiannya adalah perkataan atau perbuatan kerasulan dan sebahagian yang lain adalah perkataan atau perbuatan manusia biasa yang statusnya sebagai pemimpin atau hakim atau kepala tentera.
Pendirian mereka yang tidak menerima Nabi Muhammad s.a.w. sepenuhnya sebagai Rasulullah, bukan sahaja tidak berasas, dan tidak melandaskan hujah,tetapi juga pendirian yang aneh.Mereka menentukan sendiri aspek-aspek pemisahan itu dengan penentuan yang amat kabur.Aspek-aspek tindakan yang menyentuh kepimpinan,kehakiman,dan ketenteraan dikatakan tindakan Nabi Muhammad sebagai manusia biasa.Namu tidak pula dinyatakan dengan jelas aspek-aspek tindakan baginda sebagai rasul. Pemisahan antara Nabi Muhammad sebagai rasul dan sebagai manusia biasa sebagai penentuan bahawa aspek-aspek tindakan baginda sebagai pemimpin,hakim dan kepala tentera itu adalah tindakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia biasa.Semuanya hasil dari andaian pemikiran yang tidak mempunyai apa-apa asas ilmiyah. Ayat 59 surah an-nisa,'yang disebut sebagai dalil pemisahan itu, langsung tiada kaitan dan tidak membawa pengertian yang diandaikan oleh kaum anti hadis ini.
Jesteru pendirian yang aneh ini, mereka menerima hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan kepimpinan,kehakiman dan sebagainya bukan sebagai prinsip agama dan wajib dipatuhi sepanjang zaman. Kerana hadis-hadis itu dikatakan bukan lahir daripada sifat Nabi sebagai Rasul.Ia adalah daripada tindakannya sebagai manusia biasa.
Lebih aneh lagi,mereka juga menolak hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan kaedah sembahyang dan syahadah,padahal kaedah mengerjakan sembahyang dan bersyahadah itu tidak ada kaitan dengan soal kepimpinan kehakiman atau ketenteraan.Jadi,apakah sebenarnya fungsi Rasul itu? Bagi mereka fungsi Rasul hanya menyampaikan al-quran.Bagaimana dengan penghayatan al-quran dan menterjemahkan mesej al-quran kedalam realiti kehidupan?Apakah ini,tugas kerasulan atau tugas manusia biasa.Bagaimana penghayatan Nabi terhadap ajaran-ajaran al-quran yang berkaitan dengan kepimpinan seperti munsyawarah.berlemah-lembut dengan para pengikut,pembahagian harta rampasan perang,pembahagian zakat dan sebagainya. Adalah penghayatan ajaran al-quran itu tidakan kerasulan atau tindakan manusia biasa.Jikat penghayatan terhadap ajaran al-quran juga dikira sebagai terkeluar daripada tindakan kerasulan apakah keistimewaan tudas kerasulan itu?
Daripada huraian diatas jelaslah bahawa bentuk dan corak penolakan golongan anti hadis mencacatkan kewajipan beriman kepada Rasul dan kerasulan Nabi itu tidak mempunyai apa-apa makna yang besar dan berkesan, selain membaca dan mesej al-quran kepada manusia.Bahkan aspek penghayatan mesej al-quran itu sendiri,tidak menjadi sebahagian daripada fungsi rasul.Bentuk dan corak pegangan anti hadis ini, berbeza sama sekali dengan pegangan anti hadis ini,berbeza sama sekali dengan pegangan ulama islam tentang hadis dan penolakan mereka terhadap hadis-hadis lemah sebagai asas penentuan hukum.Kerana itu,golongan anti hadis, tidak boleh menggunakan tokoh-tokoh ulama seperti Ibnu Khaldun dan lain-lain sebagai wira bagi mempertahan pendirian mereka yang bersifat anti hadis tu. Mereka tidak sepatutnya berselindung di sebalik nama tokoh tersebut untuk menegakkan kekarutan mereka.
Kaum anti hadis didapati membangkitkan kekeliruan tentang kebenaran yang sudah mantap mengenai asas ajaran islam, tetapi mereka sendiri tidak mempunyai apa-apa kebenaran yang boleh diketengahkan dengan kukuh mengenai asas ajaran islam itu. Mereka berusaha meroboh, tetapi tidak menyumbang untuk membina.
Mereka memutarbelitkan pendirian dan pegangan para ulama muktabar dan mempersoalkan kewibawaan kefahaman ulama-ulama itu terhadap islam,supaya umat hilang kepercayaan kepada ulama-ulama.Dengan itu terputuslah hubungan ummat dengan Rasulullah s.a.w. yang mewariskan ilmu wahyu kepada ulama bagi meneruskan kesinambungan kefahaman muktabar mengenai mesej Allah di dalam al-quran.
Disaat keraguan itu ditimbulkan, mereka mula menyebarkan kefahaman yang melulu terhadap al-quran.Al-quran diterjemahkan mengikut selera nafsu,pengertiannya dicampuradukkan, makna-maknanya di selewengkan.Mesej al-quran tidak lagi di tanggapi mengikut ilmu warisan kenabian, tetapi berdasarkan shatahat(latahan-latahan pemikiran) semata-mata.Dengan berslogankan kembali kepada al-quran,kefahaman palsu daripada penyelewengan mesej al-quran disebarkan.
Pemahaman mereka yang berlandaskan syatahat itu semata-mata meruntuhkan.Misalnya al-quran mewajibkan sembahyang, tetapi golongan anti hadis mempertikaikan kaedah bersembahyang kerana kaedah-kaedah seperti kaedah ruku,sujud,duduk antara dua sujud dan rukun-rukun sembahyang yang lain adalah sunnah.Aspek praktikal daripada sembahyang berasaskan keterangan sunnah dan tunjuk ajar Nabi, tidak dapat di terima oleh mereka. Didalam al-quran ada disebutkan ruku dan sujud.Bagaimana ruku dan sujud? Cara ruku'dan sujud itu adalah berdasarkan sunnah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"sembahyanglah sebagaimana kamu lihat aku sembahyang"
Rasulullah s.a.w. juga mengajar apakah bacaan-bacaan yang wajib dan yang sunat dan perbuatan yang wajib dan sunat didalam sembahyang.Kemudian perkataan dan perbuatan Nabi, dipertikaikan dengan sasaran mereka bahawa ada tindakan Nabi, sebagai Rasul dan ada pula sebagai manusia biasa yang menjadi pemimpin, hakim,ketua perang dan sebagainya yang wajib dipatuhi sebagai pemimpin dizamannya sahaja.
Kerana sunnah di pertikaikan dan tindakan-tindakan Nabi tidak diterima keseluruhannya sebagai tindakan kerasulan,maka cara-cara sembahyang Nabi juga diragukan. Pertama kerana kaedah dan cara bersembahyang itu dikatakan tidak disebutkan dalam al-quran.Kedua kerana riwayat-riwayat hadis mengenainya tidak diterima.Setelah keraguan ini ditimbulkan apakah caranya, untuk mengerjakan sembahyang seperti yang diperintah oleh al-quran?
Golongan anti hadis tidak menunjukkan apa-apa cara sembahyang pun yang meyakinkan. Apabila mereka tidak memperoleh cara sembahyang yang meyakinkan,bagaimanakah mereka hendak melaksanakan perintah Allah didalam al-quran supaya bersembahyang? Saya yakin bahawa mereka tidak mungkin dapat menemui kaedah sembahyang Nabi Ibrahim a.s untuk membolehkan mereka mengerjakan solat.Jesteru itu mereka layak di anggap peruntuhkan agama. Tidak mungkin sama sekali mereka dianggap daripada kalangan orang orang yang menegakan agama.
MOHD NAKHAIE HAJI AHMAD.
Waktu Solat
Followers
Demi Masa
Archives
Popular Posts
-
Rama-rama adalah seekor binatang yang cukup cantik dan senantiasa di puji oleh stiap orang yang melihatnya kelibatnya di depan mata. Malah ...
-
Menurut Hadits Qudsi: Allah SWT berfirman pada harui kiamat kepada anak-anak: "Masuklah kalian ke dalam surga!" Anak-anak itu b...
-
Di Antara Ajaran Ayah Pin: Tuhan adalah manusia Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita bo...
-
Stress adalah keadaan jiwa yang paling populer di abad ini. Coba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan b...
-
قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ أَحْسَنَكُمْ أَخْلَاقًا (صحيح البخاري Sabda Rasulullah...
-
Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, remaja di neg...
-
Belajar bagaimana jadi optimis dapat jadi sesuatu yang sangat sulit, khususnya bagi seseorang yang cenderung memandang segala sesuatu dengan...
-
Artikel ini memaparkan 5 langkah yang harus anda lakukan untuk memotivasi dan meningkatkan keyakinan diri khususnya tatkala anda dilanda per...
-
Foto oleh wadem Berpikir positif merupakan sikap mental yang melibatkan proses memasukan pikiran-pikiran, kata-kata, dan gambaran-gambaran ...
-
Hal yang paling mengganggu dan memberi dampak negatif dalam kehidupan kita sebenarnya berasal dari pandangan buruk terhadap diri anda sendir...
My Blog List
-
-
Ya Rasululah ( SAW)9 years ago
-
Doa ketika anak sakit9 years ago
-
-
Southpaw (2015)9 years ago
-
-
UPDATE! WHITE ADDICTED!13 years ago
-
sendiri menyepi13 years ago
-
-
-
Hatiku milik siapa..14 years ago
-
ubah..berubah..14 years ago
-
-
-
-
Contributors

- lakaransakinah
- seseorang yang mempunyai minda 1% dimana hanya fokus pada satu dalam hidup iaitu berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. dimana blog ini baru sahaja dibuka atas rasa ingin berdakwah dan ingin berkongsi serba sedikit mengenai agama dan kehidupan semoga ianya menjadi pedoman pada semua termasuk diri saya sendiri.sesiapa sahaja boleh menjadi follower di blog ini dan jikalau ada sebarang yang ingin di kongsi boleh la emel kan kepada saya di lakaransakinah@yahoo.com.my .insyaallah setiap perkongsian yang anda beri kepada saya, saya akan paparkan di blog saya ni untuk menjadi pedoman pada semua.. aminn
Total Pageviews
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
World Globe
Berita Palestin
Categories
- 7tips motivasi
- Ahli Syurga
- Air Mata
- Ajaran Sesat
- Akhlak
- Alam Ghaib
- Amal
- Anak
- Anti Hadith
- Bahagia
- Bahaya
- Bangkit
- Benih
- Berkah
- Bersyukurlah
- Bimbingan
- Cinta
- cobaan
- Derita
- Dinaungi
- Ditindas
- Doa
- Dzikir
- Gembira
- Hakikat
- Harapan
- Hari Kiamat
- Harta
- Harta Dan Ilmu
- Hati
- Hijrah Rasulullah.
- Hikmah
- Ilmu Agama
- Iman
- isteri
- Jasad
- Kasih Sayang
- Keajaiban
- Kebahagiaan
- Keberkahan
- Kecintaan
- Kedamaian
- Kehidupan
- Kehilangan
- Keindahan
- Keinsafan
- Kejadian Manusia
- Kelembutan
- Keliru
- keluarga
- Kemakmuran
- Kemudahan
- Kepedihan
- Kesedihan
- ketenangan
- komitmen
- Last Article
- Maksiat
- Mengatasi Stress
- Mengharamkan
- Mengubati
- Mimpi Rasulullah
- minda
- Motivasi
- Muslim
- Negetif
- Nikmat
- Pahala
- Paku
- Pasangan
- Pemikiran
- perkahwinan
- Pertolongan
- Pesanan
- Positif
- Rahmat Dan Kemurkaan Nya
- renungan bersama
- Rindu
- Sejarah
- Selamat
- Senyuman
- Sepotong Kepala Ayam Untuk Ayah
- sifat
- solat
- syuhada
- Syurga
- Syurga Dan Neraka
- Tawakal
- Teladan
- Terbaik.
- Ujian
- Wanita
- Wasiat