YANG MEMBATALKAN PUASA  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

4.YANG MEMBATALKAN PUASA

Adapun yang membatalkan puasa, iaitu:
1.Memasukkan sesuatu ain(benda) kedalam salah satu rongga badan,seperti lubang hidung,mulut dubur, kubul,dan lubang telinga.

Keterangan menyatakan:
Dari Ibni Abbas r.a. berkata ia:Adapun yang mewajibkan berwudhuk kerana ada sesuatu yang keluar(dari kubul atau dubur),dan bukan kerana sesuatu masuk. Adapun yang membukakan puasa ialah kerana ada barang yang masuk dan bukan kerana ada barang yang keluar. (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

2.Jimak(bersetubuh) di siang hari bulan Ramadhan dengan kemahuan sendiri.Maka sebaliknya tidaklah batal puasa orang yang dipaksa jimak, asal saja jimaknya jangan sampai kepada yang dimaksudkan(talazzuz)iaitu kesenangan.

3.Sengaja supaya muntah.Ertinya dibuat-buat jalan supaya muntah. Umpamanya memasukkan tangan kedalam kerongkongan ketika berkumur-kumur dan lain-lainnya.Andaikata ia muntah, maka puasanya batal ketika itu dan wajiblah ia mengkadhanya.

Keterangan menyatakan:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia: Bersabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa yang mencari jalan untuk muntah( lalu ia muntah) maka wajib atasnya qadha dan barang siapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib qadha atasnya(tidak batal puasanya)

Keterangan lain ada pula menyatakan:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia:Bersabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang terpaksa muntah, sedang ia berpuasa maka tidaklah wajib atasnya mengkadha, dan barangsiapa yang segaja muntah, maka hendaklah ia qadha puasanya kembali(kerana puasanya telah batal). (Diriwayatkan oleh Khamsah)

4.Istamna:ertinya
Sengaja mengeluarkan mani dengan jalan yang bukan jimak pada siang hari puasa itu.Kerana orang yang sengaja mengeluarkan mani itu pada hakikatnya sama saja dengan jimak sebab sama-sama talazzuz dengan jalan disengaja.Dan hal itulah tujuan nafsu diutama. Dan tidaklah batal puasa, kalau mani itu keluar sebab bermimpi atau sebab memegang si balik kain atau kerana memandang sahaja, sebab semuanya itu tak ada persentuhan kulit.

5.Haidh dan Nifas.Adapun perempuan yang datang haidh dan nifas haram atas mereka mengerjakan puasa, sebagaimana haram bagi mereka mengerjakan sembahyang

Keterangan ada menyatakan:
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata ia: Telah bersabda Nabi s.a.w.:"Bukankah apabila perempuan-perempuan itu haidh tak boleh mereka sembahyang dan tak boleh pula puasa.Mereka menjawab:"Ya, sebab itu menandakan kurang agamanya." (Diriwayatkan oleh Bukhari)

6.Gila. Sebab sudah hilang daripadanya syarat taklif.

7.Murtad.Ertinya orang yang keluar dari Agama Islam. Sebab mereka telah meninggalkan syarat sah mengerjakan puasa.

This entry was posted on Tuesday, August 10, 2010 at 2:45 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment