AQIDAH DAN SYARI'AH ISLAMIYAH  

Posted by lakaransakinah

bismillahhirrahmannirrahmin....dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
assalamualaikum...

1.AQIDAH ISLAMIYAH(IMAN)
Dalam sebuah hadis dinyatakan:

Ertinya:
Dari Umar bin Khattab r.a. ia berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Iman
ialah, bahawa engkau percaya dengan Allah,dengan para Malaikatnya,dengan
Kitab-Kitabnya,dengan para Rasulnya,dengan Hari Kiamatnya,dan engkau
percaya dengan nasib,baik dan buruknya(hakikatnya datang daripada allah)

(diriwayatkan oleh muslim)
2.SYARI'AH ISLAMIYAH(ISLAM)
Dalam sebuah hadis dinyatakan:

Ertinya:
Dari Umar bin Khattab r.a. ia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Islam ialah,
bahawa engkau mengaku,bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah,dan bahawa
Muhammad itu Rasulullah, engkau tegakkan sembahyang, engkau keluarkan zakat,
engkau puasa di bulan Ramadhan,dan engkau mengerjakan haji baitullah,jika engkau
telah sanggup pergi ke sana.

(
diriwayatkan oleh muslim)

3.CARA MELAKSANAKANNYA DENGAN IKHLAS(IHSAN)
Dalam sebuah hadis dinyatakan:

Ertinya:
Dari Umar bin Khattab r.a. ia berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Ihsan ialah,
bahawa engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihatnya.Maka jika engkau tidak
dapat melihatnya,maka sesungguhnya Ia melihat engkau..

(diriwayatkan oleh muslim)

Maka Aqidah Islamiyah mempunyai sendi sebanyak enam perkara,dimana di atas sendi itulah kepercayaan dan aqidah yang sah diletakkan.
Aqidah dan kepercayaan itu letaknya di dalam hati,yang mengetahui hanya Allah s.a.w.
Sedang Syari'ah Islamiyah mempunyai sendi sebanyak lima buah sendi,dimana di atas lima sendi itulah(rumah tangga)islam ditegakkan, yang berisi segala keperluan hidup dan penghidupan buat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Syari'at Islam terletak dan terlihat dalam gerak-gerik dan perbuatan manusia sehari-hari.
Syari'at Islam disebut juga: Segala peraturan Allah yang berisi undang-undang yang kudus untuk mengatur cara hidup dan penghidupan umat manusia , yang wajib ditaati, dengan mendapat pahala barang siapa yang mematuhinya,dan diberi hukuman barangsiapa yang melanggarnya.
Semua peraturan atau hukum di dalam Islam dinamakan Hukum syari'at, yang berisi LIMA atau LAPAN garis-garis hukum.
Secara umum, Hukum Syari'at bersumber kepada empat macam sumber,iaitu:
1.Kitabullah, Al-Quran
2.Sunnah,Al-Hadis Rasulullah.
3.Qias,perbandingan
4.Ijmak,kesepakatan ulama mujtahid dalam sesuatu masalah.
Secara khusus ,Hukum Syari'at bersumber pada kitab-kitab Mazhab, seperti Mazhab Iman Syafi'i,Hanafi,Maliki,dan Imam Hambali,dan lain-lainya

This entry was posted on Tuesday, August 3, 2010 at 8:17 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment