1MALAYSIA RAKYAT MEMERANGI DADAH
Cheras 17 Mei 2010 – Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Cheras telah menganjurkan Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah bertempat di Dewan Sri Perkasa, Taman Maluri, Cheras pada 15 Mei yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Wira menyarankan agar amalan orang-orang tua dahulu dihidupkan semula iaitu Anak Kita Adalah Anak Jiran Dan Anak Jiran Adalah Anak Kita. Menurut beliau lagi, amalan ini amat penting diamalkan bagi mencegah salah laku anak-anak semasa mereka berada di luar rumah. Beliau turut meminta agar ibu bapa berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima teguran yang diberikan demi kebaikan anak-anak.
Perasmian program tersebut juga turut dihadiri oleh Tuan Panneerselvam @ Alex, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dan Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Sambil menjamu selera para hadirin dihiburkan dengan persembahan-persembahan kebudayaan yang berkonsepkan 1Malaysia.
Semoga melalui Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah ini, kesedaran masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah akan dapat dipertingkatkan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015 dapat dizahirkan dengan jayanya.
YB Datuk Wira bersama barisan VIP sedang khusyuk menonton persembahan kebudayaan.
Antara tetamu yang hadir ke majlis perasmian tersebut
bismillahhirrahmannirrahim... dengan nama allah yg maha permurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum...
salam kepada semua sahabat.. hari ni dengan izin allah, ana dapat jugak menyempunakan janji ana kepada sahabat semua. ana dah sediakan serba sikit maklumat tentang dadah yang ana ambil dari laman AADK Malaysia. so ana harap semuanya dapat la mengambil iktibar dari semua ni... dadah ni sebenar takkan habis, selagi ada pembeli, selagi tu akan wujudnya pembekal(tokan) dan selagi ada pembekal(tokan) selagi tu la akan ada pemprosesan. jadi memang susah nk hapuskan semua ni.hanya kita yang menentukan semua ni.
sesiapa saja yg dh mula berjinak-jinak dengan benda alah ni, mesti sukar untuk meninggalkannya. melainkan kekuatan diri, iman, amal, dan sokongan dari kluarga dan masyarakat. bru la seseorang ni dpt mmbuang tabiat buruk ni. orang yang dah terjebak dengan ni mempunyai 1001 macam akal. dari segi membohong,dan mencuri. orang yg seperti ni sanggup buat apa saja untuk mendapatkan wang bagi membeli stok dadah(barang).bila badan sudah gian, hidung dah berair, dan jiwa dah tak tenang. duit pulak tak ada. sanggup la buat jenayah seperti raugt dan lain2 lagi dan mula la sanggup membunuh, mencederakan orang di sekeliling dan sanggup kenakan kawan bagi memuaskan khendak diri sendiri. janji dapat duit.tu ja yg ada dalam fikiran dorang ni. dalam hidup mereka, dadah adalah no1, keluarga bagi mereka dah tak penting,agama sudah tidak diperdulikan lagi,halah haram sudah tiada beza lagi bagi mereka.. hidup dan kekuatan mereka ni bergantung 110% dengan dadah. takdak dadah, memang tak boleh duduk diam,tak tenang,dan tak boleh nak tidur.jangan terpadaya dengan kata-kata diorang ni. kata benda ni tak bahaya la,tak boleh bawak gian la kalau setakat sekali ja kena,dan setakat tak kena barang dua tiga hari ni masih boleh duduk la dan macam2 lagi la. semua tu pembohong. dadah ni sebenarnya bukannya mudah nk di tinggalkan, mesti hari2 kena ambik.ibarat macam kita perlu makan dan tidur setiap hari. macam tu la dengan dadah ni. dadah ni bnyak keburukan daripada kebaikan, kesan keatas pengambilan benda ni memang banyak, contoh HIV,dan AIDS. dimana belum ada penawar bagi penyakit ini. jadi fikir2 kan la. mahukah anda mati keseorangan dan ditinggalkan reput dan busuk,tidak ada sapa pun yg berani menguruskan mayat orang2 yang macam ni..nak harap kawan2 memang tak ada la. cari kantoi la kalau diaorang tolong. dah nama pun buat benda salah. takkan nak tunggu.
jadi fikir-fikirkan la.. jalan mana yang kita nak pilih.
jangan sampai keluarga anda menjadi mangsa kepada dadah.
wassalam...
JENIS DADAH - ISTIMULAN
Tajuk | Keterangan |
Nama/Bentuk | KOKAIN Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk granules. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat. |
Cara Pengambilan | disuntik, dimakan, dihidu dan dihisap |
Tanda Pengambilan | depresi, ketagihan teruk, keletihan mental dan fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu. |
Kesan Pengambilan Jangka Pendek | kurang selera makan, degupan jantung yang laju, suhu badan yang tinggi, tidak dapat tidur, halusinasi, paranoid, tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri. |
Kesan Pengambilan Jangka Panjang | boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi, halusinasi, paranoid, kesan pada otak, kematian. |
Bahan Asas | Daun Koka Pokok Erythroxylon Campuran bahan alkohol/benzol Asid Sulfuric dan Natrium Karbonat, Acetone |
Tempat Pengeluaran | Peru, Bolivia, Columbia, Pergunungan Andes, Amerika Selatan |
JENIS DADAH - INHALANT
Tajuk | Keterangan |
Nama/Bentuk | GAM, UBAT NYAMUK, MINYAK PETROL, CAT CAIR, THINNER, CECAIR PEMETIK API, SPRAY RAMBUT, KRIM PENCUCI, MARKER PEN |
Cara Pengambilan | dihidu melalui hidung |
Tanda Pengambilan | bertindak di atas sistem saraf pusat, khayal, halusinasi. |
Kesan Pengambilan Jangka Pendek | loya, bersin, hidung berdarah, letih tidak bertenaga, hilang selera makan, tubuh menggeletar. |
Kesan Pengambilan Jangka Panjang | susut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru dan saluran pernafasan dan akhirnya mati. |
Bahan Asas | Hydrocarbon, Nitrous Oxide |
Tempat Pengeluaran |
Waktu Solat
Followers
Demi Masa
Archives
Popular Posts
-
Rama-rama adalah seekor binatang yang cukup cantik dan senantiasa di puji oleh stiap orang yang melihatnya kelibatnya di depan mata. Malah ...
-
Menurut Hadits Qudsi: Allah SWT berfirman pada harui kiamat kepada anak-anak: "Masuklah kalian ke dalam surga!" Anak-anak itu b...
-
Di Antara Ajaran Ayah Pin: Tuhan adalah manusia Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita bo...
-
Stress adalah keadaan jiwa yang paling populer di abad ini. Coba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan b...
-
قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ أَحْسَنَكُمْ أَخْلَاقًا (صحيح البخاري Sabda Rasulullah...
-
Belajar bagaimana jadi optimis dapat jadi sesuatu yang sangat sulit, khususnya bagi seseorang yang cenderung memandang segala sesuatu dengan...
-
Artikel ini memaparkan 5 langkah yang harus anda lakukan untuk memotivasi dan meningkatkan keyakinan diri khususnya tatkala anda dilanda per...
-
Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, remaja di neg...
-
Foto oleh wadem Berpikir positif merupakan sikap mental yang melibatkan proses memasukan pikiran-pikiran, kata-kata, dan gambaran-gambaran ...
-
Hal yang paling mengganggu dan memberi dampak negatif dalam kehidupan kita sebenarnya berasal dari pandangan buruk terhadap diri anda sendir...
My Blog List
-
PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SKLK24 years ago
-
BOSAN7 years ago
-
-
Southpaw (2015)8 years ago
-
-
sendiri menyepi12 years ago
-
-
-
Kematangan di usia 20tahun.12 years ago
-
Hatiku milik siapa..13 years ago
-
-
ubah..berubah..13 years ago
-
-
-
-
Contributors
- lakaransakinah
- seseorang yang mempunyai minda 1% dimana hanya fokus pada satu dalam hidup iaitu berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. dimana blog ini baru sahaja dibuka atas rasa ingin berdakwah dan ingin berkongsi serba sedikit mengenai agama dan kehidupan semoga ianya menjadi pedoman pada semua termasuk diri saya sendiri.sesiapa sahaja boleh menjadi follower di blog ini dan jikalau ada sebarang yang ingin di kongsi boleh la emel kan kepada saya di lakaransakinah@yahoo.com.my .insyaallah setiap perkongsian yang anda beri kepada saya, saya akan paparkan di blog saya ni untuk menjadi pedoman pada semua.. aminn
Total Pageviews
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
World Globe
Berita Palestin
Categories
- 7tips motivasi
- Ahli Syurga
- Air Mata
- Ajaran Sesat
- Akhlak
- Alam Ghaib
- Amal
- Anak
- Anti Hadith
- Bahagia
- Bahaya
- Bangkit
- Benih
- Berkah
- Bersyukurlah
- Bimbingan
- Cinta
- cobaan
- Derita
- Dinaungi
- Ditindas
- Doa
- Dzikir
- Gembira
- Hakikat
- Harapan
- Hari Kiamat
- Harta
- Harta Dan Ilmu
- Hati
- Hijrah Rasulullah.
- Hikmah
- Ilmu Agama
- Iman
- isteri
- Jasad
- Kasih Sayang
- Keajaiban
- Kebahagiaan
- Keberkahan
- Kecintaan
- Kedamaian
- Kehidupan
- Kehilangan
- Keindahan
- Keinsafan
- Kejadian Manusia
- Kelembutan
- Keliru
- keluarga
- Kemakmuran
- Kemudahan
- Kepedihan
- Kesedihan
- ketenangan
- komitmen
- Last Article
- Maksiat
- Mengatasi Stress
- Mengharamkan
- Mengubati
- Mimpi Rasulullah
- minda
- Motivasi
- Muslim
- Negetif
- Nikmat
- Pahala
- Paku
- Pasangan
- Pemikiran
- perkahwinan
- Pertolongan
- Pesanan
- Positif
- Rahmat Dan Kemurkaan Nya
- renungan bersama
- Rindu
- Sejarah
- Selamat
- Senyuman
- Sepotong Kepala Ayam Untuk Ayah
- sifat
- solat
- syuhada
- Syurga
- Syurga Dan Neraka
- Tawakal
- Teladan
- Terbaik.
- Ujian
- Wanita
- Wasiat