Pelacur,Anjing Dan Kehidupan  

Posted by lakaransakinah

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN...

DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.

Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.

Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?

Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.

Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?

Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

APAKAH SYURGA ITU MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?

Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.

Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.

Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.

Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.

Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.

Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.

Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.

Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.

TIDAK SAMPAI AJARAN

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.

Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.

Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.

Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.

Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.

Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.

Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.

INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.

Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

acheh selepas lima tahun tsunami  

Posted by lakaransakinah

Acheh Selepas Lima Tahun Tsunami

Keadaan selepas dan sebelum kejadian Tsunami di Acheh

SEKALI pandang, kapal itu kelihatan seolah-olah merupakan sebahagian daripada bangunan yang memang ada di persikataran kampung di pinggir Banda Aceh walhal ia terdampar di situ berbatu-batu jauhnya dari kawasan pantai ekoran gempa bumi dahysat yang mencetuskan bencana tsunami paling buruk berlaku dalam pada zaman ini.

Beberapa pelancong kelihatan berlegar di sekitar kapal PLTD Apung I seberat 2,600 tan itu sambil mendengar penerangan daripada pemandu tempatan tentang bencana yang berlaku pada pagi Ahad 26 Disember 2004, apabila bumi bergegar selama hampir 10 minit.

Dalam kekalutan suasana dengan orang ramai lari bertempiran meninggalkan rumah mereka, ombak tinggi menggunung melepasi pokok kelapa yang mara sama pantas dengan kelajuan jet pejuang, menghancurkan kehidupan penduduk di penjuru barat pulau Sumatera ini dan kawasan sekitar Lautan Hindi, mengorbankan sekurang-kurangnya 226,000 nyawa.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell yang meninjau kawasan persekitara Banda Aceh dari udara pada Januari 2005, mengibaratkan bandar raya itu "seolah-olah dilanda serangan senjata nuklear. Hancur musnah segala-galanya".Sesungguhnya gempa berukuran 9.15 pada Skala Ritcher, iaitu yang kedua paling hebat pernah dicatatkan, adalah 1,500 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan ledakan bom atom di Hiroshima.

Kali pertama penulis menjejakkan kaki di sini empat tahun lalu, kapal PLTD Apung I yang terdampar di situ itu kelihatan janggal di tengah-tengah kehancuran dan kemusnahan yang saujana mata memandang. Mangsa-mangsa yang selamat kelihatan berlonggok di dalam khemah-khemah yang diuruskan oleh badan-badan amal.

Sekarang, pemandangan dari bahagian atas dek kapal itu menunjukkan persekitaran baru yang tersusun rapi, dibina hasil bantuan kira-kira US$6.7 bilion yang mengalir masuk ke Aceh. Kanak-kanak bermain riang di atas buaian di Taman Pendidikan Tsunami yang terletak bersebelahan tapak kapal itu.

"Secara keseluruhannya, saya berpendapat kita berjaya membina semula tempat ini dengan lebih baik, dan saya rasa penduduk di sini lebih bersedia untuk menghadapi masa depan yang baik," kata bekas Presiden AS, Bill Clinton selaku wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk usaha pemulihan bencana tsunami ketika ditemubual di New York.

Sebuah muzium tsunami baru berbentuk sebuah kapal bernilai AS$7.2 juta akan dibuka pada minggu ini tidak berapa jauh dari tapak kapal PLTD Apung I.

Semua kesan saki-baki bencana gempa bumi mahupun tsunami tidak langsung kelihatan.

Dari segi luaran, memang jelas pembinaan semula Aceh tampak lebih baik, tetapi apa yang dilihat bukanlah keadaan sebenar.

Salawati adalah salah seorang mangsa terselamat yang kini memulakan kehidupan baru. Keadaannya boleh dikatakan lebih baik berbanding dahulu. Ketika wartawan Reuters pertama kali menemuinya beberapa hari selepas tsunami melanda, dia dan sanak-saudaranya tinggal di khemah-khemah yang dipacak di atas tapak rumah mereka yang musnah. Dua daripada tiga anaknya korban dalam bencana itu.

Anak lelaki tunggalnya yang masih hidup sering dihantui mimpi ngeri saban malam bahawa satu lagi gelombang besar akan melanda dan menghapuskan seluruh ahli keluarganya. Mujurlah igauan itu semakin berkurangan.

Program penempatan manusia PBB membina semula rumah-rumah mangsa. Agensi binaan Indonesia (BRR) membawa Salawati ke Jakarta untuk mengikuti latihan dalam industri makanan. Sekarang dia menghasilkan produk serunding ikan yang sangat digemari di sini.

"Serunding saya nombor satu di Aceh,'' katanya sambil menunjukkan sijil sebagai bukti. "Saya bercita-cita untuk mengeksport ke seluruh Indonesia dan luar negara."

Pun begitu, dia tidak begitu ghairah tentang rumahnya. Berukuran 36 meter persegi, rumah itu lebih kecil daripada rumahnya yang asal. Sebuah lagi rumah yang dibina di perkarangan rumahnya nampak goyah dan sebab itu salah seorang saudaranya yang sepatutnya enggan berpindah dan menyewa di tempat lain.

Perasaan ini dikongsi bersama oleh kebanyakan penduduk Aceh. Semua orang berasa kagum melihat jalan raya-jalan raya, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang baru dibina. Begitupun, tidak ramai yang suka dengan rumah-rumah mereka walaupun ia kelihatan cantik.

Maimun, yang tinggal di sebuah rumah dibina oleh sebuah badan amal tidak jauh dari tapak kapal PLTD Apung I memberikan penjelasannya. "Rumah saya boleh tahan, tetapi jika saya sendiri yang bina ia mungkin lebih baik daripada ini."

Kuntoro Mangkusubroto, ketua BRR yang menyelia usaha-usaha pemulihan Aceh bersetuju dengan sentimen itu. Beliau yang sangat dihormati dan dianggap sebagai "raja" pembaharuan di Pejabat Presiden Indonesia berkata, sekiranya berpeluang melakukannya semula, beliau akan meminta penduduk Aceh membantu membina rumah-rumah mereka sendiri.

"Apabila mereka tinggal di berek (tempat tinggal sementara), mereka dapat bantuan makanan, susu dan ubat secara percuma... tetapi bila mereka mendapat rumah, mereka bertanya 'kenapa saya harus bayar bil elektrik dan air'," katanya.

Pihak kerajaan mengambil pendekatan itu selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Yogyakarta pada 2006. Penduduk yang kehilangan rumah dan harta benda diberi bantuan secara langsung serta maklumat mengenai piawaian yang dipatuhi untuk membina semula rumah mereka. Hasil kajian dijalankan mendapati ramai yang berpuas hati dengan cara itu walaupun mutu bangunan itu diragui.

Pasukan Palang Mereka Turki membina ratusan rumah yang kemas dan tersusun, lengkap dengan taman bunga kecil yang indah di bandar persisiran Lampuuk, di mana gelombang tsunami melanda paling jauh di pedalaman sehingga 7 kilometer dari pantai. Di lereng-lereng bukit yang curam terdapat tanda ombak setinggi 10 meter.

Bill Clinton dan bekas Presiden George H.W. Bush melawat bandar ini untuk membantu mengutip derma untuk pembangunan semula Lampuuk, di mana satu-satunya bangunan yang terselamat ialah Masjid Baiturrahim yang berusia 125 tahun.Pada hari ini, satu barisan lori sampah bergerak melalui jalan utama bandar ini yang diberi nama baru "Jalan Bill Clinton/George Bush", mengangkut bahan-bahan binaan untuk membina jalan-jalan baru di bandar itu yang mempunyai pejabat-pejabat baru, sebuah sekolah, klinik, kedai runcit dan kedai cenderamata.

Rumah-rumah di situ mempunyai tandas dan bekalan air paip. Masjid Baiturrahim sudahpun dibaik pulih dengan indah. Penduduknya kelihatan lebih makmur berbanding mereka yang tinggal di lain-lain tempat yang penulis kunjungi di Indonesia.

Walaupun sampah sarap dan kesan-kesan runtuhan sudah dibersihkan, kehancuran emosi masih kekal bagi sebilangan penduduk. Di sebuah kedai kopi tepi jalan, sekumpulan pemuda kelihatan kehilangan punca. Boleh dikatakan semuanya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bujang.

Bencana tsunami telah mengorbankan lebih banyak bilangan wanita kerana tidak ramai yang tahu berenang, kalau ada pun sibuk memimpin tangan anak-anak mereka ketika melarikan diri daripada ombak yang melanda.

"No job. No women, no cry (Tiada pekerjaan. Tiada isteri/teman wanita, tiada tangisan)," kata Andi Rahman, 30. "Anda tahukan lagu nyanyi Bob Marley itu? Kumpulan-kumpulan pembantu bina rumah-rumah, dan kerajaan memberikan latihan pekerjaan, tetapi tiada siapa yang datang membawa teman wanita untuk membantu kami," katanya sambil tersenyum. - REUTERS

1MALAYSIA RAKYAT MEMERANGI DADAH  

Posted by lakaransakinah

1MALAYSIA RAKYAT MEMERANGI DADAH
Cheras 17 Mei 2010 – Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Cheras telah menganjurkan Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah bertempat di Dewan Sri Perkasa, Taman Maluri, Cheras pada 15 Mei yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Wira menyarankan agar amalan orang-orang tua dahulu dihidupkan semula iaitu Anak Kita Adalah Anak Jiran Dan Anak Jiran Adalah Anak Kita. Menurut beliau lagi, amalan ini amat penting diamalkan bagi mencegah salah laku anak-anak semasa mereka berada di luar rumah. Beliau turut meminta agar ibu bapa berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima teguran yang diberikan demi kebaikan anak-anak.
Perasmian program tersebut juga turut dihadiri oleh Tuan Panneerselvam @ Alex, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dan Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Sambil menjamu selera para hadirin dihiburkan dengan persembahan-persembahan kebudayaan yang berkonsepkan 1Malaysia.
Semoga melalui Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah ini, kesedaran masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah akan dapat dipertingkatkan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015 dapat dizahirkan dengan jayanya.
YB Datuk Wira bersama barisan VIP sedang khusyuk menonton persembahan kebudayaan.
Antara tetamu yang hadir ke majlis perasmian tersebut

Jangan terkesan dengan dadah.  

Posted by lakaransakinah

bismillahhirrahmannirrahim... dengan nama allah yg maha permurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum...

salam kepada semua sahabat.. hari ni dengan izin allah, ana dapat jugak menyempunakan janji ana kepada sahabat semua. ana dah sediakan serba sikit maklumat tentang dadah yang ana ambil dari laman AADK Malaysia. so ana harap semuanya dapat la mengambil iktibar dari semua ni... dadah ni sebenar takkan habis, selagi ada pembeli, selagi tu akan wujudnya pembekal(tokan) dan selagi ada pembekal(tokan) selagi tu la akan ada pemprosesan. jadi memang susah nk hapuskan semua ni.hanya kita yang menentukan semua ni.

sesiapa saja yg dh mula berjinak-jinak dengan benda alah ni, mesti sukar untuk meninggalkannya. melainkan kekuatan diri, iman, amal, dan sokongan dari kluarga dan masyarakat. bru la seseorang ni dpt mmbuang tabiat buruk ni. orang yang dah terjebak dengan ni mempunyai 1001 macam akal. dari segi membohong,dan mencuri. orang yg seperti ni sanggup buat apa saja untuk mendapatkan wang bagi membeli stok dadah(barang).bila badan sudah gian, hidung dah berair, dan jiwa dah tak tenang. duit pulak tak ada. sanggup la buat jenayah seperti raugt dan lain2 lagi dan mula la sanggup membunuh, mencederakan orang di sekeliling dan sanggup kenakan kawan bagi memuaskan khendak diri sendiri. janji dapat duit.tu ja yg ada dalam fikiran dorang ni. dalam hidup mereka, dadah adalah no1, keluarga bagi mereka dah tak penting,agama sudah tidak diperdulikan lagi,halah haram sudah tiada beza lagi bagi mereka.. hidup dan kekuatan mereka ni bergantung 110% dengan dadah. takdak dadah, memang tak boleh duduk diam,tak tenang,dan tak boleh nak tidur.jangan terpadaya dengan kata-kata diorang ni. kata benda ni tak bahaya la,tak boleh bawak gian la kalau setakat sekali ja kena,dan setakat tak kena barang dua tiga hari ni masih boleh duduk la dan macam2 lagi la. semua tu pembohong. dadah ni sebenarnya bukannya mudah nk di tinggalkan, mesti hari2 kena ambik.ibarat macam kita perlu makan dan tidur setiap hari. macam tu la dengan dadah ni. dadah ni bnyak keburukan daripada kebaikan, kesan keatas pengambilan benda ni memang banyak, contoh HIV,dan AIDS. dimana belum ada penawar bagi penyakit ini. jadi fikir2 kan la. mahukah anda mati keseorangan dan ditinggalkan reput dan busuk,tidak ada sapa pun yg berani menguruskan mayat orang2 yang macam ni..nak harap kawan2 memang tak ada la. cari kantoi la kalau diaorang tolong. dah nama pun buat benda salah. takkan nak tunggu.

jadi fikir-fikirkan la.. jalan mana yang kita nak pilih.

jangan sampai keluarga anda menjadi mangsa kepada dadah.

wassalam...


...???  

Posted by lakaransakinah

JENIS DADAH - ISTIMULAN

TajukKeterangan
Nama/Bentuk KOKAIN
Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk granules. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.


Cara Pengambilandisuntik, dimakan, dihidu dan dihisap


Tanda Pengambilandepresi, ketagihan teruk, keletihan mental dan fizikal, keresahan dan fikiran sering terganggu.


Kesan Pengambilan Jangka Pendek
kurang selera makan, degupan jantung yang laju, suhu badan yang tinggi, tidak dapat tidur, halusinasi, paranoid, tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri.


Kesan Pengambilan Jangka Panjangboleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi, halusinasi, paranoid, kesan pada otak, kematian.


Bahan AsasDaun Koka
Pokok Erythroxylon
Campuran bahan alkohol/benzol
Asid Sulfuric dan Natrium
Karbonat, Acetone


Tempat PengeluaranPeru,
Bolivia,
Columbia,
Pergunungan Andes,
Amerika Selatan

,,,......  

Posted by lakaransakinah

JENIS DADAH - INHALANT

TajukKeterangan
Nama/Bentuk GAM, UBAT NYAMUK, MINYAK PETROL, CAT CAIR, THINNER, CECAIR PEMETIK API, SPRAY RAMBUT, KRIM PENCUCI, MARKER PEN


Cara Pengambilandihidu melalui hidung


Tanda Pengambilanbertindak di atas sistem saraf pusat, khayal, halusinasi.


Kesan Pengambilan Jangka Pendek
loya, bersin, hidung berdarah, letih tidak bertenaga, hilang selera makan, tubuh menggeletar.


Kesan Pengambilan Jangka Panjangsusut berat badan, pendarahan dalam otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru dan saluran pernafasan dan akhirnya mati.


Bahan Asas

Hydrocarbon, Nitrous Oxide



Tempat Pengeluaran