YANG MEMBATALKAN PUASA  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

4.YANG MEMBATALKAN PUASA

Adapun yang membatalkan puasa, iaitu:
1.Memasukkan sesuatu ain(benda) kedalam salah satu rongga badan,seperti lubang hidung,mulut dubur, kubul,dan lubang telinga.

Keterangan menyatakan:
Dari Ibni Abbas r.a. berkata ia:Adapun yang mewajibkan berwudhuk kerana ada sesuatu yang keluar(dari kubul atau dubur),dan bukan kerana sesuatu masuk. Adapun yang membukakan puasa ialah kerana ada barang yang masuk dan bukan kerana ada barang yang keluar. (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

2.Jimak(bersetubuh) di siang hari bulan Ramadhan dengan kemahuan sendiri.Maka sebaliknya tidaklah batal puasa orang yang dipaksa jimak, asal saja jimaknya jangan sampai kepada yang dimaksudkan(talazzuz)iaitu kesenangan.

3.Sengaja supaya muntah.Ertinya dibuat-buat jalan supaya muntah. Umpamanya memasukkan tangan kedalam kerongkongan ketika berkumur-kumur dan lain-lainnya.Andaikata ia muntah, maka puasanya batal ketika itu dan wajiblah ia mengkadhanya.

Keterangan menyatakan:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia: Bersabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa yang mencari jalan untuk muntah( lalu ia muntah) maka wajib atasnya qadha dan barang siapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib qadha atasnya(tidak batal puasanya)

Keterangan lain ada pula menyatakan:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia:Bersabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang terpaksa muntah, sedang ia berpuasa maka tidaklah wajib atasnya mengkadha, dan barangsiapa yang segaja muntah, maka hendaklah ia qadha puasanya kembali(kerana puasanya telah batal). (Diriwayatkan oleh Khamsah)

4.Istamna:ertinya
Sengaja mengeluarkan mani dengan jalan yang bukan jimak pada siang hari puasa itu.Kerana orang yang sengaja mengeluarkan mani itu pada hakikatnya sama saja dengan jimak sebab sama-sama talazzuz dengan jalan disengaja.Dan hal itulah tujuan nafsu diutama. Dan tidaklah batal puasa, kalau mani itu keluar sebab bermimpi atau sebab memegang si balik kain atau kerana memandang sahaja, sebab semuanya itu tak ada persentuhan kulit.

5.Haidh dan Nifas.Adapun perempuan yang datang haidh dan nifas haram atas mereka mengerjakan puasa, sebagaimana haram bagi mereka mengerjakan sembahyang

Keterangan ada menyatakan:
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata ia: Telah bersabda Nabi s.a.w.:"Bukankah apabila perempuan-perempuan itu haidh tak boleh mereka sembahyang dan tak boleh pula puasa.Mereka menjawab:"Ya, sebab itu menandakan kurang agamanya." (Diriwayatkan oleh Bukhari)

6.Gila. Sebab sudah hilang daripadanya syarat taklif.

7.Murtad.Ertinya orang yang keluar dari Agama Islam. Sebab mereka telah meninggalkan syarat sah mengerjakan puasa.

YANG MEWAJIBKAN PUASA DAN FARDHUNYA  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim...dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

2.YANG MEWAJIBKAN PUASA DAN FARDHUNYA.

Adapun yang mewajobkan puasa ialah:
Pertama.kerana telah melihat awal Ramadhan(riyatul-hilal) dengan pandangan mata.

Sebagaimana diterangkan dalam ayat:
"barang siapa yang telah melihat bulan diantara kamu,hendaklah ia berpuasa" (surah al-baqarah,ayat185)

Dalam hadis Nabi s.a.w. dinyatakan pula yang bunyinya sebagai berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia:Telah berkata Nabi s.a.w.:"puasalah kamu kerana telah melihat bulan dan berbukalah kerana telah melihat bulan, apabila bulan itu tertutup(kerana awan tebal). maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari.(Diriwayatkan oleh bukhari dan Muslim)


Kedua.Dengan perhitungan (hisab).Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dia (tuhan) telah menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya-cahaya,dan ditentukanNya perjalanannya supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungnya"(hisab).

3.UNTUK MENETAPKAN RUKYATUL-HILAL
Untuk menetapkan rukyatul hilal (pada awal bulan Ramadhan) boleh dengan seorang saksi yang di pandang adil.Sebagaimana ada keterangan menyatakan:

Dari Ibni Abbas r.a.berkata ia:Pernah datang seorang Arab Badui kepada Nabi s.a.w. maka berkata: Sungguh aku telah melihat hilal(bulan),maka Rasulullah s.a.w. bertanya:maukah engkau mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah.Ia menjawab mau Ya Rasulullah s.a.w. berkata pula:Maukah engkau mengaku bahawa Muhammad itu Rasul Allah.Ia menjawab:mau. Ya Rasulullah s.a.w. berkata:Ya Bilal:Beritahukanlah kepada manusia,agar mereka puasa pada esok hari.. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Menurut syfi'i, untuk rukyatul hilal Ramadhan cukup satu orang saksi,dan untuk hilal berbuka sebaran harus dua saksi.

Keterangan lain pula menyatakan:

Dari Ibni Umar r.a berkata ia:Telah ribut manusia mengatakan hilal Ramadhan telah ada, lalu aku khabarkan kepada Rasulullah s.a.w., bahawa aku telah melihatnya, lalu beliau terus berpuasa, dan disuruhnya manusia mulai berpuasa. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Adapun fardu puasa itu ialah berniat akan puasa pada malamnya.Dan mempermalamkan niat itu disyaratkan bagi fardhu puasa itu.Ertinya menjatuhkan niat itu di waktu malam,iaitu antara terbenam matahari dan terbitnya fajar shadiq.Ada keterangan menyatakan:

Dari Hafsah r.a. berkata ia: Bersabda rasulullah s.a.w."Siapa yang tidak mempermalamkan niat puasa sebelum terbit fajar , maka tidaklah sah puasanya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi).

BERPUASA  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim..dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

BERPUASA

Allah telah berfirman di dalam al-quran:
hai orang-orang yang beriman.Diwajibkan berpuasa di atasmu,sebagaimana puasa itu telah diwajibkan diatas orang-orang sebelum kamu,mudah-mudahan kamu menjadi orang yang takut(memelihara diri).Lamanya berpuasa itu pada beberapa hari yang dapat dihitung.Maka barang siapa yang sedang sakit,diantara kamu,ataupun sedang berjalan, maka boleh puasa itu dikerjakan pada hari yang lain.Dan diatas mereka yang tidak patut berpuasa,boleh membayar fidiyah,Iaitu memberi makanan kepda orang miskin.Maka barang siapa yang menambahkan kebajikan maka itu lebih baik baginya.Dan kalau kamu berpuasa, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (surah Al-Baqarah, ayat 183)


Dalam ayat ini dinyatakan:Orang yang sihat, wajib berpuasa sepenuh bulan ramadhan.Orang yang sakit atau bermusafir, boleh berpuasa di hari lain, sedang orang yang tidak kuat, boleh membayar fidiyah.

1.ERTI PUASA
Puasa ertinya menahan. Dalam istilah syarak bererti menahan nafsu dari segala yang membukakan di siang hari, mulai dari terbit fajar Shadiq hingga terbenam matahari.Adapun puasa diwajibkan Tuhan atas umat Islam ialah:
i.Puasa di bulan Ramadhan tiap-tiap tahun
ii.Puasa yang dinazarkan.
iii.Puasa kaffarah(denda),yang disebabkan oleh:
a.Jimak di siang hari bulan Ramadhan,
b,Zihar(isteri diserupakan dengan ibu)
c.melanggar sumpah
d.Kerana pembunuhan jiwa yang di haramkan secara disegajakan atas sebab tersalah.
Adapun yang akan diterangkan disini ialah puasa di bulan Ramadhan, sedang puasa yang lain-lain itu diterangkan dalam babnya masing-masing pula kelak.
Puasa di bulan Ramadhan di wajibkan mula-mulanya pada tahun yang kedua dari Hijrah Nabi s.a.w. Ia diwajibkan atas orang-orang yang sudah mukallaf(baliqh-berakal),diatas orang yang kuasa mengerjakannya.Maka tidaklah wajib berpuasa itu diatas:
i.Anak-anak
ii.Orang gila
iii.Orang yang sangat tua yang sudah payah menjalankan puasa.
iiii.oranh yang hilang akal, sebab mabuk dan lain-lain
iiiii.Orang yang sakit yang bila ia puasa mungkin bertambah-tambah sakitnya.

Keterangan menyatakan:
Dari Ali r.a. berkata ia telah bersabda Nabi s.a.w.: Diangkatkan tuntutan hukum dari tiga macam orang, dari anak-anak hingga baliq, dari orang-orang yang tidur hingga ia bangun dan dari org gila hingga ia sembuh. (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasai)

Bila anak-anak itu kuat mengerjakannya, maka puasa itu sah juga, dan ia diberi pahala seperti pahala amalan wajib, Adapun orang-orang kafir, wajib juga atas mereka mengerjakan puasa seperti sembahyang pula ,hanya puasa itu tidak sah dikerjakannya keranan kafir.Dengan alasan, bahawa mereka akan dituntut kerana meninggalkan sembahyang.





TERLIHAT SYURGA ATAU NERAKA KETIKA SUKRATUL MAUT  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim..dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

3.TERLIHAT SYURGA ATAU NERAKA KETIKA SUKRATUL MAUT.

Waktu manusia dalam keadaan maut,Allah memperlihatkan keredhaannya,atau kemurkaannya, yang berupa syurga ataupun neraka. Keredhaan,bagi orang yang mati bahagia,mendapat keampunan daripadanya.Kemurkaan, bagi orang yang matinya dalam celaka, mendapat kemarahan dan kebencian allah, kerana perbuatan durhakanya selagi ia hidup di dunia.

Dalam sebuah hadis dinyatakan pula:
Dari ubadah bin Shamit r.a. Dari Nabi s.a.w. ia bersabda: Orang mukmin, bila ia telah mendekat mati, ia diberi kegembiraan dengan memperlihatkan keredhaan dan kemuliaan Allah.Maka tidaklah sesuatu yang lebih disukainya,selain dari apa yang ada di depannya itu. Maka iapun suka menjumpai Allah, dan Allah pun suka pula menjumpainya.Dan sesungguhnya orang kafir, bila ia telah mendekat ,ia diberi gembira dengan azab siksaan Allah.Maka tidaklah sesuatu yang lebih dibencinya selain apa yang ada di depannya itu.Maka ia benci menjumpai Allah, dan Allah benci menjumpainya.. (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

4.PERBANYAKLAH MENGINGAT MATI.

Ketahuilah bahawa kita hidup didunia ini adalah sebagai orang yang sedang dalam perjalanan.Kita keluar dari tempat yang gelap,akan pergi ke tempat yang gelap pula. Kita keluar dari rahim bunda,tempat yang hanya memuatkan badan kita sahaja. Dan kemudian kita akan menuju pula ke lubang kubur, yang huga hanya sekadar tempat memuatkan badan kita pula.Demikianlah keadaan kita sekarang,yang tengah melalui jalan.Atau kita di umpamakan juga orang yang sedang berdagang(merantau), orang yang sedang mencari perbekalan untuk dibawa pulang, ke kampung yang asli, kampung akhirat, tempat kita menetap untuk selama-lamanya.Alangkah kecewanya kita, kalau perbekalan kurang.Jalan jauh yang akan ditempuh,persawangan sulit akan dihadapi, ialah sakratul maut. Bila saat mati telah datang tinggallah ayah dan bunda,tinggallah anak dan isteri yang kita sayangi tinggallah sekalian kekayaan yang ada, tak ada yang kita akan bawa ke dalam kubur, kecuali keimanan yang teguh di dada kita.dan amal ibadah yang telah kita kerjakan selagi hidup di dunia. Oleh sebab itu perbanyakanlah mengigat mati, di samping usaha kebajikan yang kita lakukan. tak ada ertinya kita mengigat mati, kalau amal ibadah tidak kita kerjakan.Orang-orang yang banyak mengingat mati, disamping amal kebajikan dikerjakannya, inilah namanya orang yang malu kepada Tuhan.


Dari Ibni Mas'ud r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya:Malulah kamu kepada Allah sebenar-benarnyamalu, ya Rasulullah, dan segala puji bagi Allah"Rasulullah menjawab" Bukan seperti yang kamu katakan itu, akan tetapi orang yang malu kepada Allah sebenar-benarnya malu,maka hendaklah dijaganya kepalanya dan apa-apa yang berharga di sekitarnya, dan hendaklah dijaga perutnya dan apa yang terkandung di dalamnya dan hendaklah ia ingati mati, dan bangkai(yang bakal hancur di dalam kubur)dan barang siapa yang ingin kebahagian akhirat, di tinggalkannya kemewahan hidup di dunia, barang siapa yang telah mengerjakan yang demikian, maka sesungguhnya ia betul malu kepada Allah sebenar-benarnya malu...... (diriwayatkan oleh Tirmizi)

ORANG YANG SEDANG DALAM SUKRATUL MAUT.  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim..dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mrngasihani..

1.MENGAJARKAN KALIMAT TAUHID KETIKA ORANG AKAN MENINGGAL..

Kepada seseorang yang akan meninggal dunia,disunatkan bagi orang yang didekatnya untuk mengajarkan kalimat:

kalimah la ilaha illallah walaupun lidah mayat itu sudah berat membacanya.
sebagaimana ada keterangan menyatakan:

Ertinya:Dari Abu Said Al-Khudri r..a. berkata ia.Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:'Ajarkanlah kepada mayat kamu(orang yang menghadapi mati),kalimat la ilaha illallah.
(hadis riwayat muslim)

Dalam keterangan lain dinyatakan:

Ertinya:Dari Muaz bin Jabal r.a. dari Nabi s.a.w. berkata ia: Barang siapa yang akhir ucapannya "tidak ada Tuhan melainkan Allah"masuklah ia kedalam syurga.
(diriwayat oleh Abu daud dan Tirmizi)

Menurut keterangan lain baik sekali dibaca surah Yasin kepada orang yang sedang menghadapi maut itu.

Dari Mu'qal bin Yasar r.a bahawasanya Nabi s.a.w. berkata: "Bacakanlah olehmu surah Yasin kepada mayatmu"(orang akan mati).


2.BERKATA KETIKA SUKRATUL MAUT

Orang-orang sakit yang telah merasa dirinya tak akan lama lagi hidup atau ketika ia telah sampai pada saat akan menghembuskan nafas yang penghabisan, disunat baginya membaca doa,supaya ia telah dari kesusahan mati. Sebagaimana telah dilakukan sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.

dari Aisyah r.a berkata ia:Pernah aku melihat Rasulullah s.a.w. ketika akan wafat dan didekatnya ada sebuah periuk berisi air, lalu dimasukkannya tangannya kedalam periuk itu, kemudian disapunya mukanya dengan air itu seraya berkata: Ya Allah: Tolonglah aku melalui kesusahan mati dan mabuk sakratulmaut..
(diriwayatkan oleh Tirmizi)

JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH P DITERIMA TUHAN  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH DAPAT DITERIMA ALLAH


Beribadah,ertinya perasaan berhina diri yang timbul dari dalam hati terhadap allah s.w.t. disamping takut dan tunduk dalam erti kata sebenarnya dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh agama.Maka seseorang yang berhina diri terhadap sesama manusia ,kerana pemberiannya,atau pertolongannya, teteapi rasa hina itu tidak datng dari hati ,tidaklah dinamakan ibadah. Kerana soal ibadah itu adalah bergantung kepada hati disamping perbuatan yang dilakukan.Oleh sebab itu belumlah sempurna ibadah,kalau hanya dengan sekadar perbuatan saja,sedang perasaan tunduk dan berhina diri itu belum bangkit dari hati.Dan belumlah akan diterima oleh Tuhan ibadah itu,sebelum hati itu dibulatkan untuk menyembahNya.Bila ibadah yang dikerjakan itu tidak kerana Tuhan,hanya kerana maksud yang lain, umpamanya kerana dilihat orang, supaya men dapat pujian dari teman sejawat,atau dari orang lain, maka bererti ia telah mempersekutukan Tuhan, dan ibadah yang dikerjakannya itu sudah terang ditolak oleh Tuhan.Kerana manusia tidak boleh menyembah kecuali hanya kepada Allah semata.Sangatlah sulitnya jalan yang harus dilakukan supaya ibadah itu diterima Tuhan.Maka sebab itu, orang tasauf,menunjukkan jalan dengan secara pendek,supaya ibadah itu mudah-mudahan diterima Allah s.w.t.

1.IKHLAS, ertinya hendaklah ibadah yang kita kerjakan itu jangan kerana mengharap pemberian dari tuhan,tetapi kerjakanlah ibadah itu, semata-mata kerana perintahNya. Jangan kerana mengharapkan syurga dan jangan pula kerana takut pada neraka, kerana syurga dan neraka itu tidak akan dapat menyenangkan atau menyiksa kalau tidak dengan seizin Allah
2.Meninggalkan riya,ertinya janganlah ada ibadah kita itu tersebab kerana malu kepada manusia atau supaya dilihat orang.
3.Bermuraqabah,ertinya supaya kita yakin bahawa Tuhan itu melihat,dan selalu ada disamping kita melakukan ibadah itu,sehingga datang malu dan sopan kita kepadanya dalam melakukan peribadatan itu.
4.Jangan keluar dari waktunya,ertinya hendaklah ibadah itu dikerjakan didalam waktu yang tertentu,sedapat mungkin dikerjakan diawal waktu hendaknya.
Mudah-mudahan dengan mengerjakan keempat syarat ini, ibadah kita dapat diterima Allah.. AMIN YA RABBAL'ALAMIN

HIKMAH MANUSIA DISURUH BERIBADAH  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

HIKAMAH MANUSIA DISURUH BERIBADAH

Sudah menjadi ketentuan dalam kehendak Tuhan bahawa tiap-tiap makhluk yang bernyawa di muka bumi,umpamanya manusia,binatang,burung,ular dan sebagainya lebih banyak yang suka kepada kejahatan daripada kebaikan..
Sebab umumnya mereka sangat mudah dipengaruhi oleh nafsu peribadi,banyak diantara mereka ,kerana sebab yang sedikit saja,kawannya itu dapat lawannya. Sehingga mudah sekali terjadi dikalangan mereka perkelahian dan persilisihan.
Oleh sebab itu Tuhan memberi alat senjata kepada masing-masing mereka untuk penjaga diri mereka dari serangan musuh.Umpamanya burung,yang jadi alat senjata paruhnya,kerbau, sapi,kambing, dan tiap-tiap binatang yang berbalah dua kuku kakinya,yang jadi senjatanya ialah tanduknya.
Harimau,kucing,serigala,yang menjadi alat senjatanya ialah taringnya, ular,kala,semut dan binatang-binatang serangga yag serupa dengan itu,yang menjadi alat senjatanya ialah sengatnya. Tetapi manusia yang menjadi senjata baginya ialah akal dan fikirannya.
Dengan adanya akal dan fikiran itu,berbedalah manusia dari makhluk-makhluk yang lain,walaupun dasar kejahatan masih tetap ada pada manusia itu, sebab dia mempunyai hawa nafsu.Dengan akal dan fikiran, manusia dapat mengalahkan singa,mengalahkan harimau mengalahkan beruang, dan sekalian binatang buas dalam rimba raya dan di dalam lautan. Oleh sebab itu, maka akal dan fikiran itulah yang meninggikan manusia dari darjat makhluk-makhluk yang lain.Ia dapat berfikir dan mengadakan apa yang dikehendaki oleh akalnya dan perasaannya.Dibuatnya barang sesuatu yang belum ada, dibuatnya segala alat-alat moden, bagunan-bagunan perkakas yang baru dan sebagainya.
Menurut dasarnya, tujuan akal dan fikiran itu adalah baik dan benar.Tetapi sebelum jalan akal dan fikiran itu di pimpin, maka kebenaran dan kehendaknya itu belum tentu baik dan benar menurut pandangan Tuhan.
Maka oleh sebab itulah manusia itu di beri beban atau taklif, iaitu perintah-perintah dan larangan-larangan menurut agama Tuhan, ialah agama islam. Gunanya ialah untuk memperbaiki jalan akal dan fikirannya.Adapun agama yang diredhai Tuhan di dunia ini, ialah agama Islam semata-mata tidak ada yang lain.
Adapun jenis atau macam beban, atau taklif itu banyak sekali, diantaranya, sembahyang,zakat,puasa, haji , .melarang berbuat jahat menyuruh berbuat baik dan sebagainya.Bila beban atau taklif itu dibawanya dengan senang hati, nescaya akan teraturlah jalan fikirannya. Dan nafsu peribadi yang senantiasa menuju kepada kejahatan itu nescaya akan menjadi nafsunya muthmainnah, iaitu nafsu yang tenang tenteram, suci murni bersih dari kekotoran dan kekejian.Adapun taklif itu dinamakan uga amanat Tuhan.