Keliru  

Posted by lakaransakinah in

Assalamualaikum..

Setiap daripada kita sudah pasti mengalami situasi yang sebegini setiap kali kita di minta untuk memberikan jawapan daripada soalan-soalan yang spontan.Selain daripada kita juga akan menjadi keliru apabila di minta untuk membuatkan pilihan. Betulkan saya jika saya ada silap dalam memperkatakan soal KELIRU ini.Antara definasi keliru ini adalah:-

1.Situasi Spontan
Situasi spontan adalah situasi yang saya sebutkan tadi iaitu apabila di minta untuk memberikan jawapan kepada orang yang bertanyakan soalan secara spontan.Sudah pasti kita akan menjadi keliru untuk memberikan jawapan.Sebagai contohnya seperti kita di minta untuk memberikan jawapan untuk situasi yang berbelah bagi.Sebagai contohnya memberikan jawapan dari segi cinta.Dari situ kita akan menjadi keliru diantara hati dan perasaan.Kita takut untuk memberikan jawapan kerana sudah pastinya kita tak sanggup untuk mengecewakan orang dan kita tak sanggup jika jawapan yang diberikan itu boleh membuatkan orang lain terluka. Saya bukannya seorang doktor cinta, tetapi saya hanya memberikan satu gambaran kepada semua supaya faham mengenai situasi yang seperti ini.Apa-apapun kena ambil sedikit masa jika kita masih lagi keliru dan ragu-ragu untuk membuat satu keputusan.

2.Keliru Mengenai Perkataan Dan Sebutan
Bagi situasi ini pula saya ingin menyentuh soal penggunaan salam atau assalamualaikum. Dimana ada sesetengah pihak menyatakan jika ingin memberi salam kepada seseorang itu haruslah menyebutnya dengan penuh iaitu assalamualaikum.Ada juga sesetengah pihak menyatakan cukup dengan menyebut salam.Di Syiria dan negara-negara timur tengah yang lain hanya menyebut salam setiap kali bertemu dengan orang.Situasi ini juga menyebabkan kita menjadi keliru yang mana satu sesuai untuk digunakan. Allah ada berfirman:-

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Dan Ustaz Zawawi Yusof ada memberikan satu keterangan mengenai penggunakan salam ini iaitu:-

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".

Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; "WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya: "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Rasanya penerangan mengenai penggunaan salam ni cukup lengkap supaya kita tidak lagi keliru.

3.Keliru Dalam Membuat Pilihan.
Situasi ini banyak berlaku kepada kaum hawa.Bukannya nak terus menunding jari kepada kaum hawa, kaum adam pun ada juga mengalami situasi sebegini, cuma dalam situasi ini kebanyakkannya dialami oleh kaum hawa.Sebagai contohnya memilih barang di satu kedai yang cukup penuh dengan barang-barang yang cantik dan menarik hati.Dalam situasi ini juga turut boleh membuatkan seseorang itu menjadi keliru untuk membuat pilihan.Kalau boleh semuanya kita nak beli, tapi modal dalam poket ni sikit, terpaksa la kita membuat satu pilihan sahaja. Janji dapat juga barang yang seseorang itu nakkan.Jadi betul la kan situasi yang saya cuba kaitkan ini dengan kaum hawa?

4.Kata-kata Yang Kurang Jelas Dan Tak Tepat
Dalam situasi ini banyak yang akan menjadi keliru apabila apa yang di cakapkan oleh orang di hadapan kita ini kurang jelas dan kurang tepat.Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah salah satu kita keliru dengan kata-kata pemimpin ataupun boss di tempat kerja.Sesuatu yang dia arahkan kepada kita itu di luar pengetahuan kita dan sesuatu di luar bidang kita.Kita di minta untuk membuat satu kerja yang kita tak pernah buat dan penerangan yang boss berikan itu kurang jelas.Jadi ianya boleh membuatkan kita menjadi keliru. Ataupun kita keliru mengenai apa yang orang di sekeliling kita nak, bila kita tanya, dorang tak nak cakap, bila kita cuba tunaikan dengan cara kita, dorang pula tidak dapat terimanya. Jadi kita juga boleh menjadi keliru dalam situasi ini.

Dalam situasi diatas ni memang sukar untuk di perjelaskan dengan lebih terperinci kerana setiap situasi yang kita hadapi itu tidak sama dengan situasi orang lain alami.Cuma cara kita nak menanganinya macam mana sahaja yang berbeza kerana setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri.Apapun buat pilihan menggunakan akal yang waras dan berlandaskan iman. Jangan ikut hati kerana apabila kita ikut hati, kita juga boleh mati..

Rasanya cukup la sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsi dan terangkan pada kali ini. Insyaallah jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk menyumbang idea, saya amat alu-alukan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu allah ini kepada semua rakan-rakan yang lain.Hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian yang sudi berkongsi ilmu ini dengan kami.Sesungguhnya anda semua telah menjadi sebahagian daripada Keluarga Admin Lakaran Sakinah.

From. Admin Leader Lakaran Sakinah.

Wasalam...

This entry was posted on Monday, March 21, 2011 at 10:46 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment