Hebatnya Iman  

Posted by lakaransakinah in

Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang pemuda yang memiliki keimanan yang kuat dalam mengabdikan diri kepada ALLAH dan Rasulnya. Beliau merupakan seorang lelaki yang rendah dan berkulit hitam berasal dari yamamah,dia merupakan seorang sahabat yang baru memeluk islam pada ketika itu. Juwaibar telah di tempatkan di sebuah bangsal bernama As-Suffah iaitu sebuah tempat yang disediakan bagi sahabat-sahabat yang baru memeluk islam.

Juwaibar adalah seorang sahabat yang gigih dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W dalam meninggikan islam dan sentiasa tabah serta sabar walau apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil kepada dirinya. Pada suatu hari Rasulullah S.A.W terfikir untuk mencarikan untuknya seorang isteri yang dapat menjaga dan menguruskan kehidupannya kerna hingga waktu itu ia masih belum lagi mendirikan rumah tangga. Rasulullah memanggil Juwaibar dan mengatakan hasratnya untuk mencarikan seorang isteri untuknya namun Juwaibar dengan perasaan rendah diri mengatakan ‘ Ya Rasulullah aku adalah seorang lelaki yang huduh dan hina serta tidak mempunyai wang siapakah yang sanggup menerima aku sebagai suami’ maka Rasulullah S.A.W mengatakan ‘ Ya Juwaibar sesungguhnya di sisi ALLAH S.W.T semua makhluknya adalah sama tidak kira sama ada putih atau hitam, kaya atau miskin tetapi ketaqwaanlah yang menjadi perbezaan di antaranya dan ketahuilah wahai sahabatku kau di pandanganku termasuk orang-orang yang dimuliakan.

Tunduk wajahnya dan tanpa disedari air matanya menitis kerana hiba hatinya mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W meneruskan kata-katanya dengan mengatakan ‘Ya Juwaibar di sana ada seorang ketua kabilah Bayadlah bernama Ziyad seorang yang terkenal dengan dengan kuatnya beribadah dan keluarganya terdiri daripada orang yanrhormat diantara kaum ansar, pergilah kepadanya membawa pesan dariku agar dinikahi kau dengan anak perempuannya yang bernama Zulfah. Berdebar hatinya dan terfikir apakah yang harus di lakukan ? Adakah aku akan diterima ? Tetapi jika aku tidak pergi bermakna aku telah menderhakai perintah Rasulullah S.A.W. Rasa salah bermain di jiwanya dan terkadang terasa gembira dengan khabaran dari Rasulullah lalu dengan tekad dan keberanian diteruskan jua untuk pergi bertemu dengan Ziyad.

Tibanya disana ia pun mengkhabarkan pesanan dari Rasulullah dan terkejutlah Ziyad dan sahabat-sahabatnya yang ada di situ sambil memerhatikan rupa paras Juwaibar kalau dipadankan dengan Zulfah seorang yang jelita. Sambil rendah diri Juwaibar mengatakan saya benar dan bukan berdusta, lalu Ziyad mengatakan aku tidak akan mengawini puteri saya kecuali yang sekutu dengannya tetapi biarlah aku pastikan dari mulut Rasulullah S.A.W sendiri. Juwaibar dengan rasa dukacita pun pulangsetelah lamarannya ditolak tetapi kedukaannya dihiburkan dengan kekuatan iman di dadanya. Zulfah yang mendengar perbulan itu menghampiri ayahnya dan berkata ‘ Apakah yang ayah katakan pada Juwaibar menyebabkan dia bersedih ? Lalu Ziyad menceritakan segalan pada Zulfah, lalu Zulfah mengatakan ayah tidah boleh berburuk sangka padanya. Mustahil dia sanggup berbohong atas nama Rasulullah. Akhirnya Ziyad mengalah dan mengutus seseorang untuk menjemput Juwaibar semula. Kalau diikitkan malas untuk Juwaibar berpatah balik tetapi kerana menghormati Ziyad di sanggupi juga. Ziyad terus menemui Rasulullah S.A.W untuk mendapat kepastian.

Setibanya di hadapan Rasulullah ia terus berkata ‘Benarkan apa yang telah di sampaikan oleh Juwaibar Ya Rasulullah’ sedangkan aku ingin mengawinkan anakku dengan pemuda yang sekutu dengannya’maka Rasulullah menjawab sambil merenungnya dengan pandangan yang tajam ‘ Ya Ziyad ketahuilah Juwaibar seorang yang beriman. Dan orang yang beriman sedarjat dengan yang setutu dengannya, dan mungkin kau merasakan kau lebih rendah darjatnya dibandingkan dengan Juwaibar bererti imanmu lebih lemah dari juwaibar’. Medengar kata-kata rasulullah S.A.W dia terdiam sambil memikirkan apa yang telah dikatakan Rasulullah padanya dan di dalam hati ia mengatakan ‘Engkau benar Ya Rasulullah’. Maka tidak berapa lama selepas itu Ziyad pun menerima lamaran dari Juwaibar dan mengahwinkan Zulfah untuk Juwaibar. Seluruh kabilah Ziyad B. Labit bergotong-royong membina rumah untuk pasangan pengatin baru itu.

Zulfah seorang wanita yang beriman dan jelita merasa gembira di nikahkan atas pilihan Rasulullah S.A.W. Namun beberapa malam sudah dinikahkan Juwaibar tidak pernah menyentuh isterinya menyebabkan Zulfah mengadu hal berkenaan kepada wanita tertua dalam kabilahnya dan akhirnya berita itu sampai kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W memanggil Juwaibar dan bertanya kepadanya’ Adakah kau tidak menyukai perempuan? Lantas Juwaibar menjawab ‘ Ya Rasulullah aku seorang yang hitam, huduh, dan miskin tetapi ALLAH telah menganugerahkanku seorang isteri yang cantik dan kaya serta menganugerahkan kepadaku rumah yang besar dan keperluan yang banyak , adakah tidak layak untuk aku menyatakan kesyukuranku ini yang tidak terhingga padanya paling kurang hanyalah 3 malam berturut-turut. Setelah mendengar jawapan dari Juwaibar tersentuhlah hati Rasulullah dalam melihat keimanan pada diri Juwaibar.

Begitulah sebuah kisah yang terjadi pada Zaman Rasulullah S.A.W tentang keimanan yang kuat seorang pemuda bernama Juwaibar dan seorang wanita bernama Zulfah dimana keimanan mereka mengatasi segalanya. Seperti mana yang telah ALLAH rakamkan di dalam Al Quran :

Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakanmu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Menetahui Lagi Maha Mengenal ( Al Hujurat 13 ).

Kita hanyalah manusia yang mana kita diberikan oleh Allah akal untuk berfikir dan mencari ilmu dalam meninggikan martabat kita di sisi Allah S.W.T. Tetapi dalam keadaan kita dianugerahkan nikmat akal iaitu satu nikmat yang telah meletakkan kita mulia sebagai makhluknya tidak semua hal akan kita selesaikan dengan baik. Selalunya apabila sesuatu hal yang berlaku pada kita tanpa kemahuan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati dan sering menyoal mengapakah Allah menjadikan begini dan begini sedangkan segala yang telah ditakdirkan Allah kepada kita merupakan yang terbaik untuk kita seperti firmannya dalam Al Quran :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat bagi untukmu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. ( Al Baqarah 216 )

Maka marilah kita bersama-sama menguatkan keimanan kita kepada Allah S.AW seperti Juwaibar di mana keimanannya telah memuliakannya di kalangan para sahabat dan marilah juga kita memupuk kesyukuran pada Allah seperti bersyukurnya Juwaibar kepada Allah di atas kurniaan Allah kepadanya. Bagi wanita boleh mengambil pengiktibaran daripada Zulfah seorang wanita yang jelita dan kaya merasa gembira kerana dinikahi dengan pemuda pilihan Rasulullah disebabkan keyakinannya bahawa perkahwinan ini akan membawa kebahagian buat di dunia dan juga di akhirat sana.

Begitulah kehebatan iman yang mana dengannya mengangkat darjat manusia serta dimuliakannya di dunia lagi serta redho dan akur dengan pilihan yang ditentukan oleh Allah kerna iman yang mekar di hati lebih subur dari cinta akan duniawi.

This entry was posted on Wednesday, March 23, 2011 at 12:14 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment