Wajib Beriman Dan Menghormati Para Nabi  

Posted by lakaransakinah

Beriman dengan semua Rasul adalah menjadi kewajipan seluruh manusia.Seandainya seorang Rasul sahaja di dustai,maka sesungguhnya mereka mendustai keseluruhan para Rasul.Ini kerana setiap Rasul menyampaikan ajaran Ilahi yang sama iaitu mengajak manusia kepada Ubudiah lillah Subhanallahu Wa Ta'ala (mengabdikan diri pada Allah).Oleh yang demikian,beriman dan percayakan sebahagian Rasul sahaja adalah dianggap kafir.Allah s.w.t. telah menyatakan perihal ini dalam ayat:

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan Rasulnya, dan (orang-orang yang) hendak membezakan iman mereka diantara Allah dan Rasul-Rasulnya, dan (orang-orang yang) berkata: ''Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain'' serta bertujuan henddak mengambil jalan lain antara oman dan kufur itu.Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya.Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab siksa yang menghina. (An Nisa 150-151)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman):Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (al-quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq Dan Nabi Ya'akob dan anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan apa  yang diberikan kepada Nabi-Nabi dari Tuhan mereka:kami tidak membeza-bezakan antara seorang dari mereka (sebagaimana yang kamu -Yahudi dan Nasrani-membezakan-bezakannya):Dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (Al Baqarah 136)


Sesungguhnya Allah telah mencela golongan Ahli kitab yang hanya beriman dengan sesetengah Rasul sahaja dan kufur kepada sebahagian yang lain.Golongan Yahudi sememangnya tidak beriman kepada Nabi Isa a.s. begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w. Sementara golongan Nasrani pula mereka tidak bermian kepada Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka:''Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan Allah (kepada Nabi Muhammad),''mereka menjawab: Kami hanya berima kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (taurat). Dan mereka ingkar (kitab) yang lain diturunkan kemudian daripadanya,padahal Al-Quran yang ada pada mereka.Katakanlah (wahai muhammad):''Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalau kamu benar-benar orang-orang yang beriman? (Al-Baqarah 91)

This entry was posted on Monday, December 27, 2010 at 12:30 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment