7Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat  

Posted by lakaransakinah in

Perkara terbaik yang patut dilakukan di waktu pagi adalah:


1.Bersyukur,bersyukur dan bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih lagi di beri peluang untuk meneruskan hidup,anda juga masih lagi berkesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini,lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati bahawa anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.Ambil beberapa artikel-artikel motivasi untuk di baca dalam seminit dua.

Diwaktu awal pagi, jangan buka emel,baca newspaper.baca gosip-gosip ataupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.Sebab ia menerbitkan energy yang negetif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi motivasi di media,misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi  Dr Izzy di Hot FM.Luangkan 3-5minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus di jaga, sebab kalau tidak di jaga ianya mudah turun.Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat,lemah longlai dan tidak bersemangat.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja,baca bismillah,moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,mengantuk macam tak cukup cas betery sahaja.

Andai kata anda seorang pelajar,bermula dari nak masuk kelas,duduk di kerusi anda dan mula nak membuka buku,mulakan semuanya dengan bismillah.Moga dengan apa yang anda buatkan itu mendapat keberkatan.

Mauk saja kedalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu,Bila istiqomah melakukannya, anda pasti mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi cemerlang.

5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititik beratkan.Bila dah keluar dari rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja,kita tak tahu apa yang ingin kita capaikan untuk hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai kesana,berkerja(atau menghadiri kelas)lepas tu nanti petang balik kerumah,berehat, makan, minum dan tidur.Esok pagi  bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagaikan satu bulatan, situ-situ sahaja.

Mulai hari ini,ubah sikap anda,set target apa yang anda mahu capaikan untuk hari tu,lagi best setkan setiap hari.

Andai anda seorang pelajar,set target beberapa bab untuk anda ulangkaji,beberapa buah buku yang anda akan baca dalam minggu ini, berapa soalan yang anda ingin bertanya kepada lecturer atau pada guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan,set target berapa jualan yang anda nak capaikan untuk hari ini dan berapa keuntungan yang anda ingin capaikan dari hasil business anda.Set juga apa yang anda ingin di pelajari dari hasil business anda itu.

Andai anda seorang pekerja,set berapa tugas yang anda hendak siapkan dan set limit masa untuk menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan,kekemasan dan ketepatan.

6.Lihat Warna Cerah.
Warna boleh mempengaruhi mood,warna cerah membuatkan mood menjadi energetik,ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari,lihat warna-warna yang cerah seperti kuning,biru dan hijau. Cara ini saya dah test dan ianya amat berkesan.

Dekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna cerah kerana ianya mampu merubah mood anda menjadi lebih positif.

7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.
Lepaskan segala yang dulu-dulu.Maafkan orang di waktu pagi,maafkan kesalahannya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam,rasa tidak puas hati,geram dan sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang dalam hati(walaupun sedikit) ianya menghalang motivasi.Kesannya, anda akan menjadi tidak bersemangat langsung.

Lebih teruk jika anda seorang yang berfikiran negatif, anda hanya akan nampak yang negatif dalam diri setiap orang,setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani berubah untuk kecermelangan dalam hidup

wasalam

This entry was posted on Tuesday, December 14, 2010 at 12:29 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment