Best Motivational video ever  

Posted by lakaransakinah

Buat renungan semua..

Nick Vujicic seorang yang kurang upaya yang dahulunya sering di hina kerana kecacatan yang ada pada dirinya. Tetapi kini beliau juga telah menjadi seorang yang berjaya dan speaker terhebat malah turut menjadi seorang jutawan.Hasil semangat dan keinginan yang tinggi beliau bangkit membuktikan bahawa kecacatan tidak akan dapat menghalang beliau untuk terus berjaya dalam hidupnyadan sekali gus membuat satu revolusi demi membuka minda dan mata pada semua orang.Sikapnya yang tidak berputus asa dan seorang yang mempunya minda 1% telah berjaya mengubah hidupnya 110% dari seorang yang dahulunya dihina kepada seorang yang di puji dan di sanjung tinggi. Dari Video ini kita dapat membuat seribu satu kesimpulan dari sikap,semangat,kekuatan dan lain-lain lagi jika ingin berjaya dan ingin membuat satu revolusi dalam hidup kita.



Dari kesimpulan saya mengenai video ini adalah:-
1.Siapa hidup dan asal usul kita sekarang ini tidak penting. tidak semestinya keluarga kita susah kita tidak boleh menjadi seorang yang berjaya dan seorang yang kaya.
2.Jangan berputus asa.
3.Minda 1%.
4.Berkorban demi mencapai kejayaan
5.Harus berusaha.
6.Mempunyai semangat yang tinggi
7.Mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri
8.Minda positif
9.Berani gagal dan berani untuk bangkit semula.
10.Harus mempunyai Matlamat
11.Jangan peduli jika kita di hina atau dicaci,tetapi ambik lah kata-kata itu sebagai satu semangat untuk kita berjaya.
12.Jangan berputus asa.
13.Jangan mengharap pada orang lain.
14.Harus mempunyai disiplin yang tinggi.
15.Hargai peluang.

Jadi hargai lah peluang yang datang pada diri kita dan haruslah berani untuk keluar dari kelumpok yang lalu kepada yang baru.Setiap orang boleh berjaya dan tidak mustahil kita tidak boleh berjaya. Pilihan di tangan kita ada sama ingin hidup Miskin atau Kaya.Akhirat kita dahulukan,peluang untuk berjaya kita seimbangkan.

Seperti kata-kata dari Sifoo Aziz Samad.
LAWAN TETAP LAWAN. LAWAN SAMPAI JADI JUTAWAN.

Jikalau kita ingin mengubah hidup kita ni.Ubah la betul-betul dan bulatkan hati untuk berubah menjadi lebih baik. Jangan pandang ke belakang lagi kerana apabila kita pandang kebelakang ianya akan membuatkan semangat kita untuk membuat satu revolusi ini akan luntur.Sebaliknya padanglah kehadapan dan terus kehadapan jikalau ingin berjaya.

Harap dapat memberi manfaat dan menjadi perkongsian pada semua.

Wasalam

This entry was posted on Monday, November 29, 2010 at 9:50 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment