6 JENIS GOLONGAN PENGHASUT YG MEROSAKKAN SILATURRAHIM  

Posted by lakaransakinah

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh,
serta salam ukhuwwah utk saudara-saudari pembaca sekian.
saya bawakan kpd sahabat semua, satu nota yg saya ambil drpd salah satu laman blog...mudah-mudahan dpt dijadikan iktibar...

*****
Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk di kalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim :

1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya
Ibu bapa yang membenci menantu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut syarak, sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu... sekiranya perkara tersebut tidak berhasil, barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian. Setengah kes orang tua yang fasik ini sanggup mengunakan khidmat bomoh untuk mengenakan sihir ke atas menantunya. Golongan  ini adalah melakukan dosa besar dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian dgn harapan supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Golongan ini yg sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini tidak merasa takut dengan azab Allah.

3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain. Golongan ini jika tidak bertaubat... maka mereka menempah dirinya dengan azab Allah SWT kerana ramai wanita yg bakal menghuni/ memasuki neraka adalah kerana menyakiti hati suami dan suka mengadu domba.

4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan. Jika yang diceritakan itu tidak benar... maka ianya menjadi fitnah dan akan berlakulah pergeseran dan pergaduhan sesama muslim. Golongan ini di hari akhirat nanti amat mudah menjadi muflis kerana dosa 'kering'  yang dilakukan di dunia.

5. Permusuhan dan pulau-memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat
Perbezaan ini perlu diatasi supaya dapat mewujudkan ikatan persaudaraan Islam... kerana semua muslim adalah bersaudara. Golongan ini jika dibiarkan akan menjadi barah kepada penyatuan umat Islam dan akan mengakibatkan Islam hilang kekuatan nya.

6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua
Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai ikatan silaturahim dan kasih sayang di antara ahli keluarga.  Golongan ke 6 ini amat sesuai dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa tidak akan masuk Syurga sesiapa yang memutuskan ikatan silaturahim.

Wallahua'lam... (^^,)

This entry was posted on Saturday, November 27, 2010 at 8:43 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment