YANG MEWAJIBKAN PUASA DAN FARDHUNYA  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirrahim...dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

2.YANG MEWAJIBKAN PUASA DAN FARDHUNYA.

Adapun yang mewajobkan puasa ialah:
Pertama.kerana telah melihat awal Ramadhan(riyatul-hilal) dengan pandangan mata.

Sebagaimana diterangkan dalam ayat:
"barang siapa yang telah melihat bulan diantara kamu,hendaklah ia berpuasa" (surah al-baqarah,ayat185)

Dalam hadis Nabi s.a.w. dinyatakan pula yang bunyinya sebagai berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. berkata ia:Telah berkata Nabi s.a.w.:"puasalah kamu kerana telah melihat bulan dan berbukalah kerana telah melihat bulan, apabila bulan itu tertutup(kerana awan tebal). maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari.(Diriwayatkan oleh bukhari dan Muslim)


Kedua.Dengan perhitungan (hisab).Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dia (tuhan) telah menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya-cahaya,dan ditentukanNya perjalanannya supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungnya"(hisab).

3.UNTUK MENETAPKAN RUKYATUL-HILAL
Untuk menetapkan rukyatul hilal (pada awal bulan Ramadhan) boleh dengan seorang saksi yang di pandang adil.Sebagaimana ada keterangan menyatakan:

Dari Ibni Abbas r.a.berkata ia:Pernah datang seorang Arab Badui kepada Nabi s.a.w. maka berkata: Sungguh aku telah melihat hilal(bulan),maka Rasulullah s.a.w. bertanya:maukah engkau mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah.Ia menjawab mau Ya Rasulullah s.a.w. berkata pula:Maukah engkau mengaku bahawa Muhammad itu Rasul Allah.Ia menjawab:mau. Ya Rasulullah s.a.w. berkata:Ya Bilal:Beritahukanlah kepada manusia,agar mereka puasa pada esok hari.. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Menurut syfi'i, untuk rukyatul hilal Ramadhan cukup satu orang saksi,dan untuk hilal berbuka sebaran harus dua saksi.

Keterangan lain pula menyatakan:

Dari Ibni Umar r.a berkata ia:Telah ribut manusia mengatakan hilal Ramadhan telah ada, lalu aku khabarkan kepada Rasulullah s.a.w., bahawa aku telah melihatnya, lalu beliau terus berpuasa, dan disuruhnya manusia mulai berpuasa. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Hibban)

Adapun fardu puasa itu ialah berniat akan puasa pada malamnya.Dan mempermalamkan niat itu disyaratkan bagi fardhu puasa itu.Ertinya menjatuhkan niat itu di waktu malam,iaitu antara terbenam matahari dan terbitnya fajar shadiq.Ada keterangan menyatakan:

Dari Hafsah r.a. berkata ia: Bersabda rasulullah s.a.w."Siapa yang tidak mempermalamkan niat puasa sebelum terbit fajar , maka tidaklah sah puasanya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi).

This entry was posted on Monday, August 9, 2010 at 2:45 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment