JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH P DITERIMA TUHAN  

Posted by lakaransakinah

Bismillahhirrahmannirahim... dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

JALAN YANG HARUS DILAKUKAN SUPAYA IBADAH DAPAT DITERIMA ALLAH


Beribadah,ertinya perasaan berhina diri yang timbul dari dalam hati terhadap allah s.w.t. disamping takut dan tunduk dalam erti kata sebenarnya dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh agama.Maka seseorang yang berhina diri terhadap sesama manusia ,kerana pemberiannya,atau pertolongannya, teteapi rasa hina itu tidak datng dari hati ,tidaklah dinamakan ibadah. Kerana soal ibadah itu adalah bergantung kepada hati disamping perbuatan yang dilakukan.Oleh sebab itu belumlah sempurna ibadah,kalau hanya dengan sekadar perbuatan saja,sedang perasaan tunduk dan berhina diri itu belum bangkit dari hati.Dan belumlah akan diterima oleh Tuhan ibadah itu,sebelum hati itu dibulatkan untuk menyembahNya.Bila ibadah yang dikerjakan itu tidak kerana Tuhan,hanya kerana maksud yang lain, umpamanya kerana dilihat orang, supaya men dapat pujian dari teman sejawat,atau dari orang lain, maka bererti ia telah mempersekutukan Tuhan, dan ibadah yang dikerjakannya itu sudah terang ditolak oleh Tuhan.Kerana manusia tidak boleh menyembah kecuali hanya kepada Allah semata.Sangatlah sulitnya jalan yang harus dilakukan supaya ibadah itu diterima Tuhan.Maka sebab itu, orang tasauf,menunjukkan jalan dengan secara pendek,supaya ibadah itu mudah-mudahan diterima Allah s.w.t.

1.IKHLAS, ertinya hendaklah ibadah yang kita kerjakan itu jangan kerana mengharap pemberian dari tuhan,tetapi kerjakanlah ibadah itu, semata-mata kerana perintahNya. Jangan kerana mengharapkan syurga dan jangan pula kerana takut pada neraka, kerana syurga dan neraka itu tidak akan dapat menyenangkan atau menyiksa kalau tidak dengan seizin Allah
2.Meninggalkan riya,ertinya janganlah ada ibadah kita itu tersebab kerana malu kepada manusia atau supaya dilihat orang.
3.Bermuraqabah,ertinya supaya kita yakin bahawa Tuhan itu melihat,dan selalu ada disamping kita melakukan ibadah itu,sehingga datang malu dan sopan kita kepadanya dalam melakukan peribadatan itu.
4.Jangan keluar dari waktunya,ertinya hendaklah ibadah itu dikerjakan didalam waktu yang tertentu,sedapat mungkin dikerjakan diawal waktu hendaknya.
Mudah-mudahan dengan mengerjakan keempat syarat ini, ibadah kita dapat diterima Allah.. AMIN YA RABBAL'ALAMIN

This entry was posted on Wednesday, August 4, 2010 at 7:49 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment