1MALAYSIA RAKYAT MEMERANGI DADAH  

Posted by lakaransakinah

1MALAYSIA RAKYAT MEMERANGI DADAH
Cheras 17 Mei 2010 – Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Cheras telah menganjurkan Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah bertempat di Dewan Sri Perkasa, Taman Maluri, Cheras pada 15 Mei yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Wira menyarankan agar amalan orang-orang tua dahulu dihidupkan semula iaitu Anak Kita Adalah Anak Jiran Dan Anak Jiran Adalah Anak Kita. Menurut beliau lagi, amalan ini amat penting diamalkan bagi mencegah salah laku anak-anak semasa mereka berada di luar rumah. Beliau turut meminta agar ibu bapa berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima teguran yang diberikan demi kebaikan anak-anak.
Perasmian program tersebut juga turut dihadiri oleh Tuan Panneerselvam @ Alex, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Maluri dan Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Sambil menjamu selera para hadirin dihiburkan dengan persembahan-persembahan kebudayaan yang berkonsepkan 1Malaysia.
Semoga melalui Program 1Malaysia Rakyat Memerangi Dadah ini, kesedaran masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah akan dapat dipertingkatkan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Bebas Dadah pada 2015 dapat dizahirkan dengan jayanya.
YB Datuk Wira bersama barisan VIP sedang khusyuk menonton persembahan kebudayaan.
Antara tetamu yang hadir ke majlis perasmian tersebut

This entry was posted on Saturday, July 31, 2010 at 7:34 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment